Friday, 23 December 2011

Terlalu dah tak jadi lawak.....

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 23:00 7 suka komen Links to this post
Hai semuaaaaaa.....


Sedang menonton rancangan lawak di TV malam-malam Sabtu begini. Rancangan ape? Mesti dah sedia maklum  tahu kan..


Entah mengapa, mulut dah terasa malas nak gelak - penat nak pura-pura suka & gembira. 


Bila sudah terlalu mencuba
Nampak  benar cacat celanya
Bila semakin beria-ia
Semakin buat orang tak suka


Lawak itu dari diri
Bukan buat-buat sendiri
Lawak itu dari hati
Baru ketawa sampai nampak gigi...








p/s Segan sendiri - bila si adik berkata dah lama tak tengok rancangan yang buat kita gelak beria-ia.. Katanya...takut membuat hati mati. Betul ke? Gelak banyak-banyak, hati mati?

Thursday, 22 December 2011

Jumlah pelawat menurun, tapi....

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 09:57 9 suka komen Links to this post
jumlah pelawat menurun - sometimes maintain, tapi takdelah beribu-ribu lemon..
tapi yang menariknya - kepelbagaian kunjungan daripada oversea gitu...
tengok.
russian federation -hehe

Friday, 16 December 2011

Jumaat yang malas

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:39 8 suka komen Links to this post
assalamualaikum
salam sejahtera



Hari ini, takde mood nak update blog. Hari ni je tau? Hari lain-lain...tuan punya belog busy...dan hari yang selebihnya.  kelajuan dan kededikasian internet di rumah tuan hamba amat menjengkelkan hati..

tuan punya belog tinggalkan ucapan..selamat berhujung minggu..
enjoice dan release mind puas-puas ye?
setelah seminggu berhempas pulas...

selamat berhujung minggu

esok, kawan lama D sejak diploma sampaikan ke degree dari Langkawi nak mai....
kami nak jalan-jalan
tadaaa...

Monday, 12 December 2011

Kalau memasak jangan sampai terlupa

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 22:34 11 suka komen Links to this post
masih awak lagi untuk ucapkan selamat malam...ye tak?.

kat selangor...cuti 3 hari berturut-turut...dari Sabtu sampailah hari ni..Isnin..
tapi, seperti minggu yang sudah-sudah..
selain balik kampung...keje aku adalah menghadap buku..dan buku..
lebih-labih lagi advisor dah tinggalkan amanat...siapkan proposal sampai Methodology..
buat multivariate analysis...dan bla...bla...bla...thru phone...
tanpa aku mencatat sedikitpun amanat yang dia duk cakapkan di telefon...
hahaha...budget terrer mengingat. ye tak?

so, siangnya tak buat apa..malam pulak kami ke Ampang...(ye ke ampang?..terasa macam ke Gombak je...)
melawat Ucu (adik ayah yang paling bongsu...)
tengah duk bersembang..tetiba terdengar suara lelaki menjerit dan bertempik...
ingatkan ada orang bergaduh kat luar...
so, kami yang ala-ala cik Joyah kepoh ni pon meluru keluar berduyun-duyun...
yelah..mana tahu orang bergaduh..boleh pakat-pakat tengok...ramai-ramai...

sekali bukan orang bergaduh da...tapi orang duk pecahkan grill dan pintu satu rumah di tingkat paling atas..
yup! pecahkan pintu sebab dapur si tuan rumah (yang entah kemana tu...) dah terbakar...

gigih jugaklah kami tengok lelaki yang berani tu duk cuba nak pecahkan gril dengan tong pemadam api...
cermin tingkap pun dah mereka pecahkan untuk memudahkan mereka memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api...
keadaan dah semakin kalut...bila jiran sebelah menyebelah dah keluar rumah....
yelah u olls...rumah flat..kalau terbakar satu unit...dengan mudah je api merebak ke rumah sebelah menyebelah...
kalau aku jadi jiran rumah terbakar tu..kompem aku kalut....serius aku dah angkut segala menda ke luar rumah dan lari jauh-jauh..

dapur terbakar tu..silap-silap tong gas boleh meletup....
beberapa minit pastu bomba pun datang...dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran....

bila balik nanti, budak yang menyewa rumah tu kompem ternganga..tengok pintu rumah dan cermin tingkap dah pecah...bersepah...
ape jadi dengan rumah aku ni? Mungkin dia akan berkata begitu dalam bahasa Nigeria (sebab yang menyewa tu student UIA - Nigerian katanya..)


p/s : diorag kata punca kebakaran sebab student tu lupa nak padamkan dapur sebelum keluar...hai..ape menda sahaja lah yang dia masak sampaikan terlupa...

p/s/s : peringatan untuk kita semua : sebelum nak keluar rumah tu..pastikan dapur dah tutup..plug dah off (especially iron, periuk nasi elektrik, heater ...)




Saturday, 10 December 2011

Flower boy ramen shop

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:23 10 suka komen Links to this post
Flower Boy Ramen Shop
@
Flower Boy Ramyun Shop


Tengok poster pun dah teruja..ye tak?...
hehe..
tengok dua hero hensem...dan heroin comel...membuat kita tersenyum panjang
tak sabar nak layan cerita ni yang baru habis ditayangkan di KBS

so, ape lagi tugas aku..
sambil menyelam....makan ikan..hehe
sambil online.....download cerita...haha



Friday, 9 December 2011

Kuku dan taring kucing..merbahaya tak?

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 21:18 0 suka komen Links to this post
hai uolls....
aku sedang menaip menggunakan tangan kanan....sebelah tgn kerana tangan kiri mula merasa bisa-bisa disebabkan gigitan dan cengkaman kucing 'bertuah' aku Mocha pagi tadi...


memang dah boleh agak...tangan ini akan membengkak...
yelah..masa kuku dia cekau tangan aku...terasa menusuk hingga tulang temulang (perasaan jek....entah sampai tulang ke tak...hehe)
dan kini...tangan dah rasa bisa...
bila salah gerak je...mak ai....ngilu
sama dengan perasaan aku selepas operation perforated appendicitis atau dalam bahasa mudahnya....apendiks pecah..hujung tahun lalu...


entahlah...aku ini..kategori manusia yang amat susah untuk sembuh dari luka...
kalau kena gigitan pacat pun...akan membuatkan kulit gatal-gatal..dan kadangkala sampai ke tahap bernanah...
hhmmm...


orang operated apendiks....seminggu dua dah sihat....luka dah boleh baik dalam masa sebulan..
tapi aku...setengah tahun pun ...luka pembedahan taknak cantum sempurna...
er....sorry terbercerita pasal apendicitis pulak...


so, berbalik pada persoalan di atas....
kesan gigitan dan kuku kucing merbahaya tak pada kita?
harap-harap tak merbahayalah...sebab Mocha memang duduk di dalam rumah aje..
dia tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali..
so, dia tak terdedah pada jangkitan kuman @ bakteria harapnya...

Jumaat yang syahdu

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 11:10 4 suka komen Links to this post
sedang dalam bilik post graduate..hari ni..semua lecturer busy..
my advisor dah cuti panjang...
so, tak dapatlah nak bersua muka...hehe....


apa nak buat..duk dalam bilik post grade..
sambil mendengar alunan suara arwah Ustaz Ashari Rabbani yang dimainkan di lappy salah seorang roomate ni..
syahdu je mendengar suara arwah...











p/s : orang baik selalu pergi awal dari kita kan?....Allah lebih menyayangi dia...

Hancuss mood aku hari ni

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:14 5 suka komen Links to this post
salam semua...
pagi jumaat....pagi yang seharusnya indah..
namun....

hai...mengeluh dalam-dalam

ini mocha...sudah buat hal lagi...

tengok

apa yang dah mocha lakukan?

ni 'tanda kasih' mocha buat mama....aduhai...
tangan dah terasa membengkak..
darah pulak dah keluar
bisa ni...

tahu tak mocha?
sakit ni....

pagi tadi..sewaktu kami sibuk-sibuk nak pergi kerja.....
mocha berjaya meloloskan diri..
keluar dari rumah...

ingatkan nak bagi dia main kat luar sekejab
tup..tup ada pulak kucing lain datang...
entah apa yang 'diborakkan' mereka

kami pulak dah nak pi kerja
terpaksa paksa dia masuk
dia melawan..siap tak takut dengan penyapu dan kayu...
garang bukan main..
zappp...tetiba tanganku dicekaunya
Ya Allah..bisa sangat...

kuku dia mencengkam kuat tangan aku
terasa sampai ke daging....
sakit dia..sampai membuat tangan aku mengigil....

sebenarnya ni bukan pertama kali mocha buat hal...
sebelum ni....habis kaki aku dikerjakan..
sampai la ni berparut dalam...

entahlah..
terus terang..bertahun-tahun kami hidup dengan kucing
membela berpuluuh-puluh ekor kucing kampung
tak pernah pulak 'diorang' se brutal ini...

semua orang cakap mocha ni pelik..
dia garang..tak mesra alam..tak manja macam kucing-kucing yang lain....
bila dah naik angin..macam orang kena sampuk...

mocha..mocha
tangan kiri mama pulak tu dicekaunya..
susahnya mama nak buat kerja hari ni..
sebab terasa tak selesa dan bisa-bisa...
dah letak minyak gamat..
tapi darah still keluar...

mocha
mocha


Kan bagus kalau serajin ini ....

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 01:05 3 suka komen Links to this post
hai uolls....selamat pagi !!
haip..tak tido lagi? buat ape tuh??...
asignment melambak?
quiz dah start...?
test dah berpusu-pusu?
atau tesis tak settle lagi?... mestilah kan...
tak hujung sem..mana thesis nak siap khan...harus lah kan....


malam ini...aku menggugah diri...menghadap lappy kesayangan hamba....
beserta...
buku buku yang harus berselerakan....

pagi ni...aku tak bukak estro....hanya melayankan irama Kpop....yang sebuk menyanyi pagi-pagi buta..
sedang sang suami...lena tidurnya..
kalau hari cuti, rajin jugak sidia duduk di sebelah isterinya ini..
konon-konon nak temankan si isteri sambil melayan bola di estro..
tup..tup..dia dah lelap...
sabor jelah...

apepon..dengan harapan..dapat sudahkan barang sehelai dua research proposal ni....
dah lama karam di lautan hindi...hehe...
ni baru nak bernafas balik...
baru dapat ketenangan fikiran...
alhamdulillah..


chaiyok!!
gambatte!!!
aja aja fighting!!

Thursday, 8 December 2011

Musim Majlis Berkhatan

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 14:26 11 suka komen Links to this post
Majlis Berkhatan diadakan untuk meraikan adik-adik yang bakal meninggalkan alam kanak-kanak ke alam remaja...

pada zaman dahulu, majlis berkhatan diraikan dengan meriah, siap di arak bagai dengan tandu...
macam raja sehari pun ada...

menghadiri majlis berkhatan pada minggu lepas....

tapi, dizaman ini....pengantin-pengantin kecik tidak lagi di arak menggunakan tandu (maybe..payah kot nak carik tandu tu...)
so, mereka di arak beramai-ramai bak pengantin yang nak naik pelamin...

majlis minggu lepas...siap disediakan pelamin
tapi aku tak sempat nak amik gambar...
habis menyantap..
terus gerak ke destinasi seterusnya..

tak sempat nak pergi ke majlis berkhatan yang satu lagi...
hhmmm..
byak betul majlis berkhatan..yelah hujung tahun...cuti sekolah
ramailah yang nak bersunat



free download JDrama website ;p

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 10:17 5 suka komen Links to this post

JDrama Zone


seperti yang sedia maklum....daku ni adalah penggemar, peminat, pengumpul, penonton drama Kore dan Jepun yang agak aktif (boleh la...dikategorikan begitu...hehe)

kalau orang lain, suke tengok cerita Korea di Astro...ataupun layan On9..
tak kira lah kat Maadu.com, Soju.com, Viki.com atau di Youtube...
aku pulak suka mencari, mendownload dan menjadikan koleksi...

sebelum ni aku asyik mahsyuk mendownload drama Korea dari Yellowcinema..sebab free dan mudah nak di download..
tetapi, sejak kebelakangan ni..nampaknya keje2 mendownload drama Korea menjadi begitu sukar..dan aku telah beralih arah mencari web yang menyediakan free download drama Jepun pulak..atau di sebut Jdorama...

so, pencarian aku terStopped disini..
JDrama Zone

bagi korang yang suka nak download drama Jepun..
aku cadangkan Jdramazone..
bagi aku, ia agak mudah...(pastikan internet korang laju dan tak tersengguk-sengguk macam aku..)
korang hanya perlu register/sign in...FREE
tidak memerlukan yuran walau sesen..
tetapi jika korang ni pendownload tegar..
aku nasihatkan..dermalah barang sekupang dua utk membantu mereka yang dah membantu anda...

Geram! nak terminate jugak

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:51 6 suka komen Links to this post
assalamualaikum...
selamat pagi u olls


haiiii...rindunya kat belog ungu yang entah apa-apa ni..
seminggu tak hapdet sebutir menda pon dalam ini belog..
pasal....
line internet kat rumah sangat menyakitkan hati OK?
nak bukak email pon berjam-jam tunggu tenet loading
tu lom bukak fesbuk....belog ..dan beautifulnara (hehee...kaki gossip)
lagilah dia taknak loading.....


Tensen macam ni..
yelah...bayar bulan-bulan tp servis...ke laut!!!!!!
actually, aku baru je beli sim card ni....new sim card...hee....sebab sim card lame dah di terminate dgn automatik sbb aku terlupa yang aku ni ada broadband ..(asyik guna wifi U jek.....lagi laju...)
before this guna...Ok jek...
siap boleh layan Utube kat rumah....
kali ni....operator yang sama (toyol kuning gemuk tu..)..no sim jek lain.....
tenet haru biru....


nak tukar broadband lain lah....
u olls ada cadangan tak?
p1 Wimax kat rumah mertua nampak Ok je...smooth.... tapi, ada broadband tak?
@zana kata Umobile OK....mmm.....tak tahu pulak area rumah aku ada ke tak...


any suggestions?

Thursday, 1 December 2011

Cintaku Tertinggal Di sana.......

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 11:37 13 suka komen Links to this post
Salam Semua
Dah berminggu tak hadap belog ni...
dari demam sampai lah ke sudah..balik Johor...
takde mood nak membebel...


bulan ni jek...dah dua kali den balik Johor..
awal hari tu sebab raya haji..
last week sbb kawan den kawen...


entah kenapa
balik kg kali ni rasa sentimental gitu..
macam hati dah tertinggal kat kampung
dah mcm terlupa nak bawak balik ke klang plak...





Monday, 21 November 2011

Menggigil tengok duit

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 15:41 25 suka komen Links to this post
gigil tengok duit?
pehal pulak si diana ni kan?

nak tanya korang, pe perasaan korang mase first time ptptn masyuk dalam akaun korang?
gedebuk....selepuk...
mase tu, korang check tengok-tengok akaun yang kosong kering kontang dah berisi rm3 ribu ++ (degree)..
musti korang suka kan?
siap hoyeh..hoyeh lagi!!

masa tu, bermacam menda lah terbayang kat kotak kepala..
1001 menda rasa nak listkan atas papaer..
nak beli itu..ini..
belanja itu...ini..
kan..kan...
yang pompuan kaki melaram tu, habislah dah plan nak cari baju sedondon tudung..
siap kaler lipstick nak sama-sama gitu.....

yang lelaki pulak..
dah congak-congak nak beli motor...
downpayment mintak mak ayah tokok tambah kan?
bulan-bulan...?
omak bapak ekau jugak kena membayarnya...

tapi, perasaan itu tak sama saat ini..
perasaan seronok tu jadi macam...entahlah.....
jadi BEBAN kot...
ek..nape cakap beban pulak..?? elaun dah masuk riban-riban lagi..
sedebuk 6 bulan ..Yup 6 bulan!!!!!!

dan angka 6 bulan tu yg menyebabkan hati aku kurang senang...
memanglah angka kat dalam akaun berdigit-digit..
tapi....
yang berdigit-digit tulah buat aku mengigil....seriau...

duit, bermaksud tanggungjawab
tanggungjawab bermaksud amanah...
amanah ni....(serasa nak mengigil tangan ni...pegang amanah..)
amanah yang perlu disiapkan within 24 months...
'my research'..............
and i have another 21 months to go....


Ya Allah, permudahkanlah urusan ini.....








Mood Bola !!!!!!!

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 12:23 12 suka komen Links to this post
SAVE THE DATE !

ISNIN
8:00 malam

Malaysia Vs Indonesia
Penentuan EMAS bolasepak SUKAN SEA

Puss in Boots

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:41 11 suka komen Links to this post

assalamualaikum semua....
hari ini Monday - so, jangan BLUES..blues ye? Kita buat Monday ni lebih bersemangat, lebih ceria...

weekend buat apa ye?
hehe...kami berdua just hanging out, usha2 barang2 kat Jaya Jusco, Bukit Tinggi..
Motif?
nak tengok lokasi baik utk bershopping sakan pada 23 November nanti...
Motif?
23 November 2011 dan 24 November 2011 adalah Hari Jusco Card ? Jcard Day di JJ Bukit Tinggi, Klang !

so, siapa yang berminat dan rasa diri berdekatan dan ada sedikit peruntukan utk membeli belah ni..
sila jangan malu-malu
SERBUUUUU!!! (dah macam jurucakap JJ pulak kan?)

so, kerana men 'target' Jcard Day ...kami pun memang tak beli apa-apa semalam...
without plan, terus ke TGV, sebab dah rasa lama benor makcik tak tengok muvie...
kami tengok PUSS in BOOTS
hehe..kerek gila muka puss ni..dah macam muka mocha pulak..hehe

macam biasa, citer kartun,  majority audience a/l kanak-kanak bersama famili mereka....
suara comel mereka berselang seli dengan meow'an pusss...



citer ni comel.... out of 10, aku bagi 7.8... boleh?


Saturday, 19 November 2011

hahahahahaahaha

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 12:00 9 suka komen Links to this post

hahaha...
gelak-gelak tengok orang cuba melawak
hari jumaat malam sabtu..

minggu ni, story morry pasal cinta cintun, yelah secara reverse osmosis nya yang grup takde pompuan tu akan mewujudkan karakter pompuan..
bagi menyempurnakan jalan cerita katanya...
supaya nampak lebih real..


alahai
kemunculan para pelakon yang mengenakan pakaian ala-ala wanita membuat penonton tergelak...
hahahaahahah..gelak besar
hihihihi....gelak kecik



walaubagaimanapun, kaedah meniru karakter org lain,
lebih-lebih lagi melibatkan jantina atau cara berpakaian dan pembawakan diri ni
pernah menjadi satu isu satu ketika dulu..
masa itu, public duk komplen dan tegur,
apa keperluan seorang lelaki berdandan seperti perempuan...?
even untuk tujuan suka-suka dan membuat orang ketawa...



sekarang?
dah tak berapa nak dengar komentar-komentar telus berkaitan ini...
kenapa ek?
norma begini sudah diterima masyarakat ke?
atau
kita sudah semakin 'tak kesah'?

Ce teka

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:46 5 suka komen Links to this post
tak perlu disebut kan..tarikh gambar ni dimeterai
tu
2005
dah hampir 7 tahun berlalu...
tak sangka, pejam celik pajam celik masa berlalu...
meninggalkan momen diploma yang penuh manis & pahitnya

manisnya...terlalu indah untuk dikenang
pahitnya...aduhai..kalau boleh ku buang dari ingatan..
alangkah bagus




sebenarnya, nak mintak korang teka....agaknya yang ne satu ek, Cik Puan Diana ni?

Friday, 18 November 2011

Mochachinno nak dimandulkan?

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 22:14 3 suka komen Links to this post
selamat malam....


dia buat hal da....
yup...sampai menaikkan temperature si 'mama' bila dia dah berani :
kencing atas buku dan fail2 mama dia atas meja
pancut sesuka hati tepi heater mama dia
jugak tinggalkan jejak kat depan sliding door
itu belum lagi nampak penyapu jatuh, terus jadi jamban dia

ada sekali tu...
mama dia tengah kusyuk menghadap journal,
dia datang sebelah mama dia
dengan lagak nak bermanja
dia gesel-gesel kat tepi mama...
lalu dia kuis-kuis beg sekolah mama..
tak sempat mama nak buat apa..
dia dah cittttttt.... atas beg dan sleeping bag mama dia.....!!!!!!!

malam tu jugak, pukul 1 pagi...
terpaksa mama 'selesaikan' apa yang patut....

mama dah tak boleh tahan sabar..
mama datang dekat dia..
piat telinga dia
tanda bagi amaran & pengajaran
jangan buat lagi....

tapi!
dia tetap buat hal lagi.....
jamban dia kat mana-mana dalam rumah
nasib baik mama kunci semua pintu bilik...
kalau tak?


hari-hari mama kena mop rumah..
Mocha.... 
Mocha...
orang kata, bila dia dah menggatal nak mengawan..
rupa gitulah jadinya..
katanya nak 'tanda tempat'
nak pikat betina...
hhmmm
entah sapelah yang nak berkenan kat dia
garang kemain...

Mocha
Mocha

apa harus mama buat?

Thursday, 17 November 2011

Sedih....tak dapat hadir JEMPUTAN ke MC PITH

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 11:59 21 suka komen Links to this post
SEDIH....
baru check belog..
tak perasan semalam Mak Dara dah update list nama yang dapat jemputan ke Mc PITH....

kalau tahu..
mesti hari ni aku CANCEL nak pergi kelas
POSTPONE nak jumpa advisor
......

aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
SEDIHNYA...



aku dah verangan lama nak jadi penulis...tak kira lah penulis novell ke? penulis drama ke... penulis sekerip ke...penulis kertas peperiksaan ke....penulis jurnal ke... penulis buku teks ke.....@ penulis yang tak diundang...


huhu



hidup ini, terkadang ada impian yang terlalu sukar untuk jadi kenyataan 

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea