Thursday, 17 March 2011

Jaga-jaga dengan Produk Kuruskan Badan!!!~

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 09:46
Semalam dengan secara tidak langsungnya bersembang di telefon ngan sepupu yang keje nya mempromote produk (salah satu keje la..ye ke? Takkan nak cakap dia keje radio..ooppsss tercakap sudah...)
Bersembang punye panjang..dari gossip ke gossip..dari rumah ke keje...dari kampung ke bandar...tup..tup sampailah..bab-bab makan ni. 
Sepupu lelaki kami yang keje kat hotel di KL, nak ajak kami pi makan sane (kira belanja la...) tapi terpaksa ku berterus terang ngan sepupu aku ni, yang aku dalam proses 'mendietkan' diri..memandangkan baju-baju kawen tak berapa nak fit di badan (butang pun tak boleh..huhu)


Maka, secara tidak langsungye..terkeluar lah niat hati aku nak makan satu produk ni.. Produk ni housemate aku sedang makan sekarang. Aku tertarik pasal, housemate aku yang lebih debab dari aku berjaya menurunkan berat badannya.. Lagipun produk ini dalam bentuk sachet (macam produk-produk lain jugak) Berasaskan fiber..kira mampu bagi kenyang la.. Jugak meningkatkan metabolisme (tertulis di kotak..). Kira macam excited la aku nak try...


(Sepupu aku pernah try dan gune semua jenis produk yang akan di promotekan..biasenya di sponsor lah satu dua set..). 
Pun cakap macam ni..
" Produk ni yang sorang artis.... tu gune kan?"
" Aah..artis tu...nampak surut jugak badan dia..."
"Jangan Yan...aku dah makan da.. Memang turun berat badan. Tapi kan, bila berhenti naik balik...
Aku pon semakin kuhsyuk mendengar dia membebel...
" Lepas makan produk tu..aku ada masalah period.. Aku pun pi la jumpa doktor. Doktor tanya aku,aku makan produk ape. Aku dengan selambe nye menunjukkan peroduk tersebut kepada doktor..."
Memandangkan aku pon tak berapa nak menghafal ayat-ayat dia tu...kata doktor berbunyi macam ni...
" Memang produk ni menghilangkan lemak. Tapi, kandungan bahannya telah menyebabkan lemak yang berada di sekeliling telur (ovul) kita turut terganggu. Lemak pada telur berfungsi melindungi telur kita...so, kalau lemak dah takde langsung..kira macam kacaulah.. Terus menyebabkan hormon tak stabil. Bagi yang anak dara..dia kata risau akan mengganggu kesuburan..dan susah untuk dapat anak nanti.."


Hah!!!!!
Mengganggu kesuburan... Tapi, logik jugak. Produk ni digunakan oleh orang yang berusia lebih 30 tahun. Ramai yang lanjut usia..makcik-makcik yang gune...
Lagi satu, sejak roomate aku gune, haid dia dah tak teratur..dah tak macam dulu.. Berat bdan dia naik bila dia stop guna sebulan dua lepas..


Ish..aku nak cakap camne kat rumate aku ni. Dia dah guna berapa set dah ni~~~

2 suka komen:

aDieyZa said...

dear, xpayah la makan ubat2 tu dulu.. kalau betul nak diet, just kawal makan & cuba bersenam.. zana dulu nak kahwin diet 3 bulan jer.. tu pun ramai yg kata zana nampak kecik sikit.. zana just kawal kuantiti makan tapi x skip waktu makan.. sbb kalau skip waktu makan x elok.. zana dulu pun kurang bersenam, just guna OSIM jer..

tapi lepas kahwin terus lupa nak diet!!! x pasal2 badan jadi debab balik.. adoi!!!!

Bila Ku Kata Cinta... said...

huhu...

dolu kurus..pastu pas tunang..naik badan berkilo-kilo..huh!!
tu yang panas je ati~~
aritu gi fitting baju..haha..tak boleh nak butang sampai bahagian bawah..haru..haru

anyway Zana..thanks for support..
nipon baru start misi tanpa nasi..ganti ngan oat and tuna sandwich...harap2 berjaye la hendaknyer

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea