Monday, 12 September 2011

Moh kita beraya.......

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:46
selamat Pagi - selamat memenuhkan perut dengan air yang bergelen-gelen...dek berkunjung ke rumah orang satu demi satu.. Macam aku semalam.7 rumah kesemuanya
Full..Burrrrppp

berbalik kepada pangkal pokok persoalan.. aku sebenarnya ingin nak berceloteh serba tak berapa panjang berkenaan adab-adab nak berkunjung ke rumah atau majlis-majlis orang. Selaku pemerhati bebas PBB - gelodak hati aku ni dah tak tertahan nak mengomen, menghambur rasa tak berapa berkenan di hati....

tentang adabcara permakaian ketika mengunjungi rumah terbuka,rumah tak terbuka yakni berhari raya..  bersempena dengan Hari Raya Riang Ria ni. 

- Jangan Kurang : 

Jangan kurang pakai kain, tahulah harga kain sekarag ni mahal bukan kemain. Chiffon tu RM20 semeter. Kekadang tu sampai beratus-ratus jugaklah. Taraf hidup pulak melonjak-lonjak naiknya, mana nak mampu ek beli kain lebih sikit. Hanya mampu tutup mana yang perlu.... Tapi, kan ke ada cotton murah-murah. Cukuplah kalau nak tutup satu badan. ni tutup atas, tarik bawah..tutup bawah dedah atas. Transparent je kebaya yang dipakai- siap pakej baju dalam sedondon pulak tu. Menarik..Menarik... Bergaya Mutu Keunggulan..

*Terkejut pakcik nak baca doa....dah kena tunduk menahan pandangan. 

- Jangan Lebih

Jangan lebih gedik-gedik. Yang pompuan tu especially, akrab lah mana. Erat sangat-sangat bagai isi dengan kuku pun. Tak perlulah bertepuk tampar, mesra ngalahkan pengantin baru macam i. Tak sesuai dek mata yang melihat. Yang bercouple tu, tak perlu duk praktis nak makan beradab awai-awai. Bila sampai masanya nanti - nak masuk nasi ke mulut pun rasa lalu tak lalu je - 

- Jangan Suka

Jangan suka cakap besar. Tak baik macam tu. Badan kecik, cakap besar-besar, buat apa? Tak padan dengan orang - tak padan dengan majlis- Pendek kata, tak padanlah dengan segala-galanya. Yelah, kita dah tentu mampu. Tuhan bagi bahagian lebih, tak eloklah duk bercerita sana sini. Mana tahu, ada yang susah - kesian dia, Kecik hati. Rendah diri nanti -

- Jangan Rakus

Jangan rakus nak taram semua benda dalam pinggan. Etika nya sama macam makan berbuffet. Ambil sedikit-sedikit kalau nak merasa semua. Sedikit OK? Bukan sebukit-sebukit. Kalau habis takpelah jugak. Ini letak sispi-sipi dalam pinggan. Dah membazir- terbuang macam tu aja. Nafsu rumah terbuka ni memang lah besar macam gajah. Tapi, nak simpan kat mana? Perut kita ada satu je....bukan macam lembu. ada 4 perut. 


p/s : semalam daku taram beraya 7 buah rumah - siang: pusing-pusing di Klang, malam pulak : dari Titiwangsa ke Country Heights - rasa-rasanya macam ada lagi list sedara yang tak pergi ni...

p/s/s : perut dah menggendang bukan kemain pulak - yolah, tak ingat mentakedarah beriani kambing malam tadi beriya-iya. Now, lakibini perut tak selesa....

28 suka komen:

whitecappuccino said...

makan jangan tak ingat dunia ...hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

org mesia mmg KAYA ngan makanan sebab itew makin ramai yang SIHAT2...rindu nk terjah open house jugak ngeeee

Teratak Hami said...

Patutlah KL & Selangor jammed semlm. Banyak open house rupanya....

missSenget said...

rugi laa amek sikit2..

kalo sedap malu nk tambah lg.. hahaha

Kakzakie said...

Apa yg hairan trend sekarang kain yg jarang mahal dan yg tak jarang murah tapi still ramai nak beli yg jarang juga kan... kenapa agaknya ye?....

JIJI YU said...

ramai yang bernafsu ni

BERT said...

konon2 balas dendam sebab puasa sebulan... nice entry.. leh muhasabah diri kan

azam said...

byk betul makan...balas dendam puasa ni.....

1 bulan balas dendam....bahaya...hehehe

siti kektus said...

baru 7 rumah je kak. tak pe, tahun depan buat sehari seploh rumah pulak, hehe




tang pakai tak cukup kain tu kite setuju sangat. baik bogel terus. senang. -_-'

NM02 said...

7 biji umh?

kelas kau jah!

^_"

abghani said...

berat dh naik 5kg

Lelaki Ini said...

meh2..
makan kat umah saya plak!!!

dwaty said...

saya tak 'kurang pakai kain'...
juga tak 'suka gedik2'...
lagila tak 'suka cakp besar'...
masalahnya... saya pantang jumpa makan free.. semua nak telan... tapi still kontrol 'rakus'.... hehehehe

...sWeeT uMi... said...

yang penting semua kena beradab kan...heheh...amboi kemain beraya OH yer...7 buah..fengsan (',)

cik najihah said...

etika cm biase je kak..
asalkan tutup aurat..akak kos ape..nak jumpe akk jugak hee

wahida said...

aku semlm sempat dua umah je...tak sempat nak pegi yg lain...huhu...

Syazwan Che Deraman said...

nasihat yang bagus ni.

jangan minta duit raya, tunggu orang bagi.

hehehe.

Hanis Azla said...

mmg kena jaga adab2 tu semua time berkunjungan.. sebab takut2 ada pula yg kurang senang dgn kita nnt.. tak bestnya klu mcm tu kan..

Eazy Izzuddin said...

wah beraya sakan ni...
xD

Cik Ecah said...

mkn dgn berhemah :)

dhiera said...

mak'ai..sakan sungguh sampai 7 buah. mao pecah perut dibuat ye~

Kancil 8349 said...

kalau dah kenyang macam ular sawa tu kan...mesti mengantuk gila.,...hehehe...

Hanis MY said...

Wahhh bagusnya... Betul tu D stuju sgt...

Niena Pengembara Ilahi said...

:D

Ezad Skytech said...

sy pon hari sabtu hari tu serang 5 rumah...sampai senak da perut ni dari tengahari sampai petang makan je..heee~

aimie amalina said...

=]
i looooiiikeeee dis!
hehehe
sebukit2..alo comei istilah tu...hehhee
sungguh perot pnuh kmbing ye...

InaAchik said...

tapi sekarang baju kat pasaran banyak noooo lah jenis yg tak sah kalau tak nampak bra! hehehee...

Nadzirah K. said...

sekali 7 buah rumah pg,mmg pecah perut,hehehe :)

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea