Monday, 31 October 2011

Cantik oh Cantik!

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 12:54
Sape nak cantik? Angkat tangan macam saya.....Hehe...
Oh, please....wajah anda tak cantik mana cik puan diana. Kulit muka..Auw....serius tak lalu i nak tengok..dengan parut jerawat melata-lata, itu belum lagi pori-pori yang bukak ngalahkan serombong kapal... Ada pulak tompok-tompok degil yang dah mula bikin onar - pigmentasi kate deme....Kulit kusam, langsung tak bermaya. Apatah lagi nak berseri dan berkilau-kilauan...Like glow....n beauty tu. Serius....

kecantikan - beauty - sinonim dengan wanita. jika 1 nafsu lelaki, diunjukkan hanya untuk 'itu'..maka, sembilan lagi nafsu wanita terarah pada 'itu'...'ini'...'disitu'....'disana'... Salah satu daripadanya, ingin kelihatan cantik. terutama sekali cantik luaran ; manusia mana tak suka menda yang cantik. Ye tak?...Nak beli ikan pun, cari yang mata bersinar-sinar - badan segar bugar tak kemek dan lembik-lembik... Huh.....

dan kecantikan wanita, sesungguhnya dikaitkan dengan muka - kulit muka specifically. Kalau muka dah mulus dan berseri-seri...tak pakai make up dah nampak cantik. Ye tak? Atau ini just opinion aku yang maha jujur lagi telus. Dan bila kulit muka kita tidak mematuhi piawaian kecantikan yang ditetapkan persatuan Kulit Kulit Cantik Sedunia, maka dengan serta merta kita akan terarah pada satu tebiat, mencari solusi bagi mendapatkan kulit wajah yang diingini.... Solusi, yang meliputi aspek luaran dan dalaman... Ya, pencarian produk kosmetik yang boleh mencantikkan wajah secantik Snow White....

dan kita akan menjadi seorang desperado - apabila JERAWAT sudah bermaharajalela di atas permukaan kulit wajah. Dan semakin desperadooooo apabila jerawat itu memuntahkan nanah yang menyakitkan. lalu meninggalkan parut kekal yang tak enak dimata. Semakin tak tentu arah bila ada insan yang prihatin tentang anda "....D, kenapa kulit muka U?." Sebarang bentuk ke prihatinan, diterjemahkan sebagai satu sindiran... (padahal....takde makna diorang nak perli-perli pon....they just curious)

maka, anda menjalankan tugas penyelidikan dengan jayanya - Majalah dibelek dari kulit ke kulit, membaca testimoni keberkesanan produk pada wajah si polan-si polan... lalu, hati dah tertarik. Terpedaya dek kecantikan kulit wajah (yang entahkan ye ke tak....padahal efect solekan dan photoshop banyak main peranan..) 

trial set dibeli - facial pun jalan sekali . Seminggu dua pakai dah nampak kesan. Mak oi..serius, jerawat dah semakin berkurang. Parut pun dah semakin pudar. hati tambah ceria, facial kedua laju terlaksana. Akhirnya termakan pujukan. Rawatan laser boleh bunuh bakteria, siap boleh lancarkan peredaran darah katanya (serius..tak paham...tapi iakan...)

minggu ketiga -wajah dah berseri-seri. Parut jerawat dah mula pudar. Kulit cerah macam bidadari (sendiri perasan - sendiri puji..) Biasalah manusia, tak pernah puashati. Nak kulit gebu macam kak Ct - set peeling dibeli pula. Dengan harapan, nak cantik serta merta. 

sebulan dua - elok sahaja. Masuk bulan ketiga, rasa tak selesa. Kulit dah rasa gatal-gatal katanya, Bila kena panas dah macam udang kena panggang. Ei....nape gitu jadinya?

sedar diri - cepat berhenti. kulit wajah dah sepeti biasa. takde jerawat, takde parut. Entah kenapa bintik-bintik hitam pulak timbul. alahai.....pigmentasi kata mereka. Jeragat kata orang Melayu...

Ei..nape gitu jadinya?....





to be continued:
izinkan daku membebel..... ;p





12 suka komen:

mizzkechique said...

produk apa ni??

ZWAN SABRI said...

alahai, kesiannye.. lain kali, tonyoh jer jerawat tu ngan kertas pasir.. HEHE

MySuaraBlog: Yeay! Dah Konvo Diploma..

SoLy SoLicious said...

nak cntik luar senang je... cntik kt dalam tu part paling susah..

PinKy MoMMa said...

uit pakai produk apakah? akak pkai vco je huhu ;p

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai nak catik luar dan dalam jugak
haty kena bersih baru kat wajah jadik cantek gak....ahaks...

p/s::muka ai pow selalu naik jerawat taw...nasib baik since tinggal kat jpn muka dah much better

Lea Isnawi said...

tempek bedak sejuk sudah

heee

Kakzakie said...

Kalau tidak sesuai dgn kulit kita akan jadi begitulah...

Cho Zila said...

macam pernah ku dengar ini kes...

aimie amalina said...

awww
sy kekal menggunekan garnier

take care!
hahahaha

ada cm duta garnier tak? =p

Saiazuan said...

entry untuk si cantik ;)

NasZ said...

produk kat luar sana memang banyak. tapi kebanyakkannya ada kesan sampingan.

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmmm...produk yg cpat berkesan ni sbnrnya bnyak bahan kimia,bahaya..muka licin jeraagat plak tmbul

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea