Saturday, 12 November 2011

Adakah Dhia seteguh Soffiya?

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 13:28

Lakonan : Nora Danish, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Izreen Azminda, Ady Putra, Tasha Shilla

Episod 1

Dhiya dan Raffi berkawan rapat semenjak kecil. Namun dalam diam-diam Raffi menyintai Dhiya sehingga dewasa. Azmi yang tinggal di bandar berpindah ke kampung mereka kerana kematian ibu bapanya. Hendak dipendekkan cerita, Dhia menjadi semakin rapat dengan Azmi, Keadaan ini menyebabkan rasa kurang senang Raffi - maka berlaku salah faham apabila Dhia menolak cinta Raffi dengan alasan mereka sudah terlalu lama bersahabat, dan Dhia benar-benar menganggap Raffi sahabat baiknya.

dek kerana kecewa, Raffi mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di luar negara - Raffi pergi meninggalkan Dhia tanpa sebarang ucapan.

5 tahun berlalu - Raffi pulang ke kampung dan bertemu Dhia, dengan harapan dia masih berpeluang untuk memiliki hati Dhia. Namun, terkejut apabila mengetahui Dhia bakal menjadi tunangan Azmi

Dhia dan Azmi bertunang. Dan Raffi? Bagaimana pula penerimaannya nanti?
dan apa akan terjadi bila Melly yang sememangnya seorang gadis nakal mula menyukai Azmi?
nantikan...sambungannya Isnin nanti




cerita ni, pada episod pertama - belum menunjukkan konfliks yang berat seperti mana drama Soffiya. Watak Dhia yang sedih dan kecewa dengan penerimaan Raffi terhadap penolakkannya tidak dikembangkan secara terperinci. Dhia digambarkan tidak mempunyai apa-apa kesan mendalam selepas pemergian Raffi -
dan cerita cinta antara Dhia dan Azmi yang berputik dan berkembang tidak ditunjukkan secara jelas - 

mungkin episod seterusnya bakal ada konflik tegar yang akan melanda...
Siapa tahu?

mungkinkah Dhia seteguh Soffiya?


10 suka komen:

aimie amalina said...

heeeee
sy bakal penggemar cerita ttg Dhia selepas soffiya ni
heeeee

Diana @ bilakukatacinta said...

yelah..aimie kan peminat tegar drama melayu -

CIK MAY said...

mcm jarang je tgk tv..tapi sempat la tgk episod 1 dhia..eh, jemput join segmen jom.. ;)

iPai said...

lama dah tak tengok drama malaysia .. heheh ..

best ek cerita ni ..

mamaNoriz said...

akak tak tengok lah sbb nampak cam slow je...

harap2 lah tak best cam soffiya sbb penat tunggu habis nanti...heheheheh

Saiazuan said...

malas nk tgk drama dah. huhu

Mr. Z dan Mis N said...

dua2 cam best...
MAXIS HOME FREE SAPE MAU???

Jom cashout duit korang dengan

PRASEKOLAH FREE UNTUK ANAK ANDA

Singgah blog saya jom

محمد رازيق said...

mungkin.. hehe.. tapi tak sempt lg tgk DHia :)) nice entry

Niena Pengembara Ilahi said...

bnda nie cam brjangkit, msti ada yg suka...

アヌムちゃん said...

wah mcm best je cite ni.pelakon pn best.huhuu

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea