Friday, 23 September 2011

Kalau Tengok, selera ke tak?

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 13:53 43 suka komen Links to this post
se

sebelum nak tanya..
korang-korang tahu ke kepala ape ni?
tahu?
tak tahu?

meh nak bagitahu - ini namanya kepala kepada incik rusa yang telah dikorbankan utk jamuan raya...

semalam, office my hubby chubby telah mengorbankan 5 ekor rusa -
sempena jamuan hari raya hari ini

memandangkan ini bukan reta peribadi kami -
so, inilah jadi santapan mereka sekalian


rusa panggang.
korang pernah makan makanan super eksotik gini?
landak
kancil
kijang
rusa


10 perkara, Bila Bini Fanatik Korea

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:42 18 suka komen Links to this post
10 perkara, bila bini fanatik korea : macam aku...hehe


satu -
aku boleh ulang tayang full house beberapa kali - dan beberapa kali itu sudah melebihi 5 kali wokey? itu baru full house - belum my girl....im sorry i love you.....dan melambak-lambak lagi


dua -
tak tido sepanjang hari dan sepanjang malam pon takpe...asal...dapat menghabiskan kesemua episod drama korea - percayalah..sampai mata dah bengkak, dan mamai nak berjalan.... Tetap setia jugak!


tiga-
idup dalam fantasi - kalah alice in wonderland. kalau orang terkenang-kenang seth tan yang romantik kunun tuh... bagi aku takhta 'cool' hero tetap ada dalam Kdrama. Sape? Jihoo? Rain? Hyun Bin?..............


empat-
tersengih cam kerang busuk bila tengok folder Muvie + Drama dalam "Local D'.... Tengok senarai dari atas ke bawah - waaa..bahagianya... Drama apa lagi ek?


lima-
sangat bercita-cita tinggi...dapat scholar, menda pertama aku nak rembat - external Hardisk - 1 Tera??..kalau boleh bukan setakat tera.. 
Peta 1015 
Exa..1018
Zetta...1021
Yotta... 1024
Semua lah.....hahahaahahaa...


enam -
begitu 'mesra alam'.....macam perokok bila ketemu perokok yang lain - begitulah alkisahnya teman - kalau dah jumpa regu..tak kesah lah..tak pernah kenal..tak kesahlah...tak pernah jumpa. Terus menyembang nun sampai ke Korea Selatan - sekapal lah katakan.... Itu belum lagi 'tanpa malu terus bertanya'......koleksi korea awak banyak ek? boleh saya mintak?......


tujuh-
ucapan 'terima kasih' telah serta merta berganti 'kamsahamida'...entah betul ke tak pronounce - lantaklah..yang penting bunyi ala-ala sama gitu....hehee


lapan-
set dalam kepala - tulis dalam buku - masuk dalam bajet - dalam tempoh lima tahun lagi mesti jejak korea... "tak kira...tak kisah..nak berjimat. Taknak tukar kereta...taknak shopping selalu..nak simpan duit..nak pi Jeju Island.." yahoooo..nak jalan-jalan,...


sembilan-
murung - sedih - nak menangis bila tahu - Daesung dah 'berehat ' dan 'direhatkan' kerana menyebabkan kematian dalam kemalangan.... Sampaikan setiap kali tengok Music Video Big Bang -terus terkenang-kenang..cepat je mengeluh. Daesung ....


sepuluh-
bila hubby keluar dari kereta- cepat-cepat capai CD lagu....heheeh....layan lagu korea kuat-kuat. Sorang- sorang.... Tengok cerita - layan lagu - mesti dengan headphone - taknak gangguan - NAK CONCENTRATE kunun..kalah orang study...








pesanan penaja : minat, favor, likes, fans, die hard fans, love, preferences, or whatever.....ada tahapnya - 

makanan yang baik pon, kalau semua dilantak boleh jadi penyakit! 
ubat yang dah tentu elok pon, kalau kita overdose, boleh membunuh !

p/s benda akan jd baik - when we do in the right ways... benda akan jadi buruk - when we turn it negatively...

p/s/s korean music wave = stadium merdeka = daku? = di Open House orang..huhu


di akhiri dengan...
' the dumb brother '

daesung wif Jae Suk

Thursday, 22 September 2011

Nilai Maaf

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 15:39 10 suka komen Links to this post






Bila Bini Lupa Diri

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:08 13 suka komen Links to this post
Bila Bini Lupa Diri







Jeng..jeng....Jeng
Bersambung  nanti.. hehe
Den nak masuk class dah...



pesanan penaja : dah kata kamis yang sepontan kan?....maka..spontanlah daku...

Wednesday, 21 September 2011

Bila hujan dah tak tertahan....

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 14:46 11 suka komen Links to this post
bila hujan


tetiba otak aku ligat pada sesuatu -  


satu perkara



satu benda




satu aktiviti 



yang super duper best lagi masssyuukkkk




dan tak tertahan

P1300211
ooopsss..mat gebu, i cilok ur pics yg super deboom ni....


Super Annoying : Kau ingat ni pasar!!

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 12:12 9 suka komen Links to this post
aku bukan orang baik hati cerdik lagi bijaksana untuk berkata-kata. aku bukan manusia sempurna macam rabiatul adawiyah untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. Cuma aku manusia makan nasik lauk asam pedas hari-hari yang memang ada perasaan hati sakit lagi menci dan tak suka pada manusia yang buat bising masa dalam surau!

Ingat ni pasar!!!
nak jual beli ikan barang sekilo dua kilo berkilo kilo nak menjerit bagai kasik tahu seantero pasar produk yang nak dijual? nak gelak-gelak manja macam  Nickhun dan Victoria tu tak wujud kat dalam surau ek?

Tolong hormat sikit
dengan manusia yang mempersiapkan diri luar dan dalam nak menghadap Tuhan. Tolong.....kawan-kawanku - jua diriku - tolong.......Please

Silent please !
telefon cokia blackberry..samsung galaxy yang mendondang lagu merdu tu (even lagu tu lagu kesukaan aku -Big Bang..Wokey?) Aku tahu aku takde tepon canggih manggih macam korang2 semua. aku tahu duit Pt aku dulu aku kedekut nak belanja mentaram gajet segala - aku sedar scholar aku sikit sangat. So, aku tak mampu. Tapi, yang mampu tu..please......silent on ur expensive phone...Please

Kalaupun
nak tido- sebab kepenatan berpuasa sunat dan bekerja...amiklah port belakang sikit. Bukan betul-betul kat saf depan - maaf ek - pahala tidur ber saf tak termasuk orang nak berjemaah ye? Please...ketepi sikit. 





pesanan penaja : cakap utk diri sendiri jugak -kekadang hilaian aku kalah PHSM


p/s: Dont be selfish K?..same same guna - same same dapat manfaat. kan ke bagus?

p/s/s aku tak marah - aku sayang korang semua..Saranghyeo....

WW # 7 : Melayu

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:10 12 suka komen Links to this post






Hidup bersendikan Adat

Adat Bersendikan Hukum

Hukum Bersendikan Syara'





sila abaikan gambar tangan makcik yang gemuk ini, kerana gambar adalah hiasan semata-mata

Tuesday, 20 September 2011

kerana mulut badan binasa

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 09:19 25 suka komen Links to this post
Masih dalam mood lebaran, masih sibuk beraya kesana kemari - memenuhi undangan sedara mara sahaja sudah membuatkan hari-hari minggu ku sibuk mengalahkan pak menteri - minggu pertama beraya di Johor, biasa-biasa sahaja. Trend open house bukan menjadi amalan masyarakat luar bandar, seperti di tempat kami. 

Namun, minggu kedua lebaran,sesudah pulang ke Klang - dan sesudah memulai rutin memenuhkan kepala otak dengan kerja-kerja penyelidikan.. Hari-hari minggu pasangan pengantin baru yang masih suam-suam milo ni - Full House - berkunjung ke rumah sanak saudara sebelah my hubby chubby. Nasib baiklah seantero lembah Klang sahaja...

dan trend open house begitu bermaharajalela. Maka, kanopi dah bagai cendawan tumbuh selepas hujan - sana sini - sebijik dua - buat memenuhi tetamu yang datang dengan perut yang sedia kekenyangan....maklumlah masuk rumah ni...rumah ke3 dah melantak...

dan tuan rumah - yang begitu besar hatinya - jua besar poketnya menyambut ketibaan tetamu ; segala macam juadah memenuhi meja hidangan - Ada yang siap ber katering..tu belum campur menu yang masak sendiri. Ah..ada lagi..sedara mara datang memberi pon ada....Sungguh, mewah lebih dari kenduri kendara kawen. 

hidangan ditelek satu persatu...

dari.....  ketupat + rendang + lodeh + kuah kacang + nasik minyak + lauk segala macam + lemang +nasik berlauk + nasi beriani gam+ kambing mandi + mi sup + soto + mee kari + ayam panggang + barbeque + kek segala macam + puding bagai-bagai jenis + dll

sampailah..air sejuk panas..suam-suam ada.....


Rumah pertama - sedia bernafsu nak pulun semua - rumah kedua dah ambil mana yang menarik - rumah ketiga jamah sikit-sikit -rumah keempat - cuit-cuit sahaja - rumah kelima - dah menyandar  kekenyangan - rumah keenam , perut dah sebu rasa nak muntah - rumah ketujuh , aduhai...perut dah tak tahan memulas.... dan ..dan.....

kesimpulannya, 

(hujung minggu ) minggu ke dua lebaran = 7 rumah yang pintu terbuka telah kami jejaki
(hujung minggu ) minggu ke tiga lebaran = 5 rumah pintu tak reti nak tutup kami serbu + rumah MIL sendiri yang terbuka-buka pintu & pagarnya..
(hujung minggu ) minggu ke empat         = ada lagi rumah terbuka menanti....





Bayangkan....

Berapa banyak lemak tepu yang degil melekat elok di bawah lapisan edipose...itu belum lagi menternak lemak dengan .amat banyaknya disekitar salur darah (blood vessel)....Masa melantak, ikutkan sangat hati, dah tak fikir-fikir. Konon-konon lebaran setahun sekali...dah kalau yang sekali tu buat kita menderita sepanjang hidup. Tak ke naya? 

Orang lain makan memang sarat - tapi exercise pun hebat. 
Kita, makan memang larat,bila exercise asyik-asyik je nak penat..


*typo kat rendang tu...baru prasan daaa
renung-renungkan - selamat menikmati hidangan




pesanan penaja : pesanan penaja utk diri sendiri dan kawan-kawan sekalian yang asyikkkk kena datang rumah orang yang terbuka - rumah sendiri pulak yang tertutup..hehe

p/s/s hujung minggu ni - minggu terakhir lebaran . awal-awal dah set kat kalendar..open houses lagi + kenduri kawen mawen

p/s/s  satu di Muar ..satu di Pan Pacific, PWTC. Dua-dua harus pergi. Sorang makcik ..sorang pakcik.... (timbang tara jadual perjalanan -sempat ke tak sempat)







Monday, 19 September 2011

Korean Music Wave 2011

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 14:31 5 suka komen Links to this post






pesanan penaja : hadoooo...mampu tengok jek. kalau nak pergi yang rm138 tuh..nescaya akan nampaklah spt semut2 yang sedang berjoget-jogetan di atas pentas - serius tak puas hati....

p/s huhu..sedih....tak mampu nak pegi yang rm585........

p/s/s tak berapa nak rasa terdesak sangat nak pergi - sebab Daesung takde - huhu...No Daesung - No Big Bang


mak abah : macam-macam

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:28 10 suka komen Links to this post
scene 1

kelenguhan kaki ku melanda saat telepon buruk sony ericson kaler oren pemberian Oli dihulur padaku. Si hubby chubby yang sedia comey 'dalam kategorinya tersendiri' tersenyum.

" Ayang..mak called tadi. Ni hah..ada misscall" ujarnya penuh lemah gemalai.
aku capai, namun siap lap lelehan peluh yang bagai air Sungai Nil mengalir deras ke pipi - ceh, basuh pinggan pun sampai berpeluh? tragis sungguh!

So, kesimpulannya - bila ada orang sengaja meninggalkan misscall tandanya - dia kehabisan kredit & sengkek nak meno'toup'..hahaha...
pe lagi? macam tak paham signal tersebut!
Call lah balik...

" Mak tadi called orang ek? ada ape ek?" suara ayuku bertanya.hehe....'ek' Johor aku memang tak pernah hilang - sambil tepon buruk tersebut ku kepit ke telinga - dan tangan masih berdekasi menjalankan tugas - mencuci pinggan  mangkuk !

" takde..saje je called. Abah kata kau dah lama tak called...tu yang mak called ni...." suara mak yang tak pernah nak comel kedengaran - mak i adalah type yang suka cakap macam orang jauh berdepa-depa. Bayangkan frekuensi suaranya bagaimana - bayangkan....

ooo...aik...dah lama tak call?
baru 2,3 hari lepas aku call....eh...
itu ajelah perbualan kami - mak memang begitu - kekadang sesaja called tanya dah makan ke belum..hehe..
mak...mak....


scene 2

aku urut kaki - alahai....kesibukan seharian melayan tetamu datang ke rumah mertua - alahai.....
lalu lappy ni aku bukak - misi tak mustahil harus aku selesaikan -
mendownload episod 9 dan seterusnya - Spy MyongWol -
aja....aja fighting!!!!!!!!

Buzzzz
opocot!! ada orang bom aku dengan Ym..samdol!

" Kakna..ko dah habes melantak lom? aku ada cerita best nak cerita..."
tanpa ucapan salam aku dah diterjah - hai...tak sopan langsung..adik aku sorang ni...
camnelah orang tu duk sibuk risik nak jadi menantu pilihan - oooopppssss...sorri laling..

" pe yang best? meh citer kat aku. meh..."
mendengar perkataan best menjadikan urat saraf nadi dan segala sendi aku berkerja lebih aktif dari biasa...
gossip..gosssip wei...
otak setan aku dah berfikir - gossip apekah lagi kali ini?....

"tadi teha mesej. hehe...dia cakap - masa mak dengan abah borak-borak. abah tanya pasal ko. ko kenapa lama dah tak telefon. lepas tu, abah cakap dia mimpikan ko malam tadi - dia risaulah ko demam ke.....tak sihat ke...."

aku -dah macam alam fantasi

abah mimpikan aku?

" lepas tu mak cakap - entah-entah ko dah takde duit sekarang ni. Abah cakap apa kena mengena ko takde duit dengan mimpi abah. Macam biasa....mereka akan 'bergaduh mulut' yang entah apa-apa itu...."

aku - ahahahahaahah
memanglah tengah tak berapa ada duit sekarang ni - keje pun dah tak sangat - elaun study belum masuk lagi - paham-pahamlah keterdesakan aku ni...

"oooo..patutlah mak called aku tadi..."



p/s naluri seorang ibu&ayah - memang susah kan nak faham - bagaimana dan macamana mereka rasa? mungkin aku perlu menjadi ibu dulu utk lebih mengerti -

p/s/s adakah ini dinamakan telepati?

p/s/s/s aku dah runsing - 'abah mimpi kan aku ' - Ya Allah, muga semuanya baik-baik belaka

kalau korang nak tahu - abah aku ni macam ada kelebihan sikit- mungkin anugerah Allah - kalau dia mimpi dan teringatkan seseorang - biasanya Allah bagi petunjuk pada dia sebelum terjadi apa-apa perkara. Dan semua tak pernah silap - sejak dulu lagi...

Ya Allah - semuga kami suami isteri akan sentiasa dibawah peliharaanMu - 


Friday, 16 September 2011

filem 'bini-biniku gangster' : suratan atau kebetulan?

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 18:30 12 suka komen Links to this post
filem Bini Biniku Gangster

pelakon: dah terang lagi nak disuluh dengan lampu picit - Saheizy Sam, Intan Ladyana dan Norliyana
genre: komedi + aksi maksi
Plot: dah tajuk isteri-isteri..mesti lah banyak bini ye tak?....bini yang masing-masing gangster....
poster filem....bini biniku gangster...

- Suratan atau Kebetulan ???-

my wife is a gangster
2001
cerita ni memang aku ingat - kelakar babe...hehe

Eu Jin dan Yu Jin, sepasang adik beradik yang terpisah sejak kecil - Eu Jin membesar sebagai seorang gangster - dengan nickname Mantis. Yu Jin menghidap kanser kronik - hajat terakhirnya adalah untuk melihat Yu Jin berkahwin. Dengan hati yang berat Eu Jin pergi blind date  - dalam pergelutan yang tak dirancang - Kang Soo Il - seorang lelaki baik yang agak lurus bendul telah menyelamatkan Eu Jin - end up - mereka berkahwin - ingatkan everything semua dah Ok - yelah...dah kawen kan?... Tiba-tiba plak Yu Jin request sesuatu - Yu Jin nak anak buah!!! Means - Eu Jin yang mafia gila tu..perlu melahirkan anak buat memenuhi permintaan akhir Yu Jin....so, Eu Jin cubalah 1001 cara untuk mendapatkan anak - (sensor sikit-sikit..but totally .....KELAKAR)... hahahaha
sebenarnya Soo Il tak tahu langsung - wife nya ketua gangster - dan mintak Eu Jin cuci tangan - tapi Eu Jin mestilah taknak coz ada perhitungan yang perlu diselesaikan antara dia dengan White Shark - 
Zap..zup..zap..zup..adegan pergaduhan Eu Jin & White Shark...ketika itu Eu Jin keguguran - (sebenarnya dia pegnant tapi dia tak bagi tau Soo Il )
Eu Jin kena pukul bertubi-tubi kat perut oleh Nanman - serius....sadis jugak....huhu..
Masa kat hospital - ketika Eu Jin dirawat - Soo Il dapat tahu perbuatan Nanman terhadap isterinya - apalagi Soo Il menjadi marah dan berhasrat untuk membalas dendam-

The Ending was
Soo Il yang lurus bendul turut menyertai geng-geng Eu Jin. 
So, Lakibini jadi gangster...


2003
pelakon :Shin Eun-Kyung - Cha Eun-jin dan Park Jun Gyu - Yun Jae-cheol

cerita ni dimulakan dengan pergaduhan - zap..zup..zap ..zup...atas rooftop...
ketika bergaduh Eu Jin diserang dan terjatuh dari bangunan - Eu Jin selamat - TAPI -hilang ingatan - orang kata ape ke nama dia? -amnesia - 

dia dijumpai oleh Jae Chul -tukang masak restoren Cina - end up Eu Jin bekerja sebagai pengantar makanan utk restoren tersebut - hiduplah aman damai - simple dan biasa-biasa aje tanpa gangguan - sehinggalah dia dianugerahkan Brave Citizen Award - kerna berjaya menggagalkan cubaan untuk merompak - ini telah menyebabkan identiti Eu Jin diketahui oleh White Shark yang sememangnya amat berdendam dengan Eu Jin

Eu Jin diperangkap untuk satu pertarungan - so, mereka bertarung sehingga ke titisan darah yang terakhir


2006
pelakon : Shu Qi dan Lee Beom Su

Han Ki Chul, diarahkan oleh bosnya untuk menjaga Lim Aryong (Shu Qi) seorang gangster yang datang dari Hongkong. Dek kerana tidak tahu berbahasa korea, seorang penterjemah ditugaskan untuk sentiasa bersama Aryong - Yeon Hee - 

mereka diburu oleh pemburu upahan - Han Ki Chul yang konon-konon gangster menyangkakan pembunuh upahan tersebut ingin membunuhnya - padahal pembunuh upahan tersebut memburu Aryong kerana ayah Aryong dipercayai telah membunuh seorang ketua gangster yang lain 

cerita ni agak romantik sket - sebab instead of gaduh-gaduh -gaduh - Aryong balik ke Hongkong - tetapi nasib tidak menyebelahinya- apabila ayah Aryong mati dibunuh - Aryong tak puas hati -so, dia nak balas dendam tanapa mengendahkan nasihat Ki Chul yang telah meluahkan perasaan cinta padanya. 

Ki Chul cuba menyelamatkan Aryong ketika dia sedang bertarung dengan musuh - namun, Ki Chul cedera ditembak - namun Aryong berjaya mengalahkan musuhnya dan kini dia adalah big boss kepada kongsi gelap milik ayahnya.

ketika Ki Chul dalam perjalanan menuju ke airport untuk meninggalkan Hong Kong- Aryong telah datang bersama konco-konconya - mengahalang Ki Chul dari meninggalkannya - lalu melamar Ki Chul dihadapan semua anak buahnya. 


p/s: tajuk , same ke tidak?..tak berapa nak sama tajuk . Plot cerita..tak berapa nak sama rasanya

p/s/s tapi apa yang sama???....keseluruhan konsep filem ni...kenapa mesti bini aku gangster? ..kenapa tak bini aku tukang masak? bini aku mak bidan? bini aku tukang kebun?.... 

p/s/s/s adakah ini..suratan atau kebetulan??.....




maapkan daku atas review pilem yang tunggang langgang ni...

Thursday, 15 September 2011

Saje membebel : basic belief?

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 16:16 6 suka komen Links to this post
situasi 

" mak..teman orang gi jamban."
" apa nak teman-teman? Jamban kan dekat je..bukak pintu dapur. Nampak terus rumah jamban tu.."
" alah..temanlah..."
" teman..teman teman... Mengadalah kau ni. Dah tua bangka pon nak berak berteman?..."
" alah mak..."
" ko ni mengada terlebih. Karang aku lepuk budak ni. Cepat. Pergi sendiri...Karang tercirit pulak dalam seluar  tu. Siang-siang taknak berak .Dah malam buta, sibuk pulak."
" taknak..takut... Ada momok...."

Momok..Momok...Momok...
Usia berapakah kita ketika masih ditakut-takutkan oleh momok? 


Momok...Momok...Momok...sehingga kini. Aku percaya, baik aku, engkau dan korang-korang yang sedia besar panjang masih menggunakan subjek momok untuk cuba memberi peringatan. Kita cuba mendidik dengan cara menakutkan. it is a basic belief yang dipupukkan kepada kita. Dan satu hari nanti tak mustahil korang perturunkan pada anak korang...dan anak korang akan turunkan pada anak kepada anak korang, dan anak kepada anak korang akan turunkan pulak kepada anak kepada anak kepada anak korang..... dan seterusnya sehingga aku pening lalat nak kira...berapa banyak anak daaa....


Dan pada usia berapakah kita mulai percaya malam yang gelap gelita diluar sana ada makhluk asing gemuk besar hitam lagi menggerunkan kita? 
Dan sejak itu...kita melihat malam yang hilang cahaya adalah dunia serba asing yang penuh misteri
Kita mula mengaitkan yang tidak-tidak dengan malam yang tentu tak bersalah. 
Kesian malam...



Malam yang gelap, bukan kerana sifatnya gelap
Malam yang gelap, kerana tiadanya cahaya



pesanan penaja : berfalsampah di petang hari....

p/s my first class today .New environment..new experience..New things

p/s/s Dr. kata our next classes will be dalam hutan rekreasi...belajar tepi sungai sambil makan-makan... Tak sabar nak mandi air terjun soon after class finish..yahoooooo. So, ubah basic belief yang study itu 'menyakitkan'...kepada 'menyeronokkan'
 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea