Saturday, 11 February 2012

Destinasi cuti Pulau Langkawi

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 07:33

Cuti Maulidurrasul kelmarin kami ke Langkawi. Itupon, last minute planning. At first, we are still thinking either to go to Langkawi or Vietnam. after few considerations (as my mother in law wish), we decided to go to Langkawi : the main purpose - for shopping!

orang nak bercuti, plan awal-awal. Kami pulak, 2, 3 hari nak pi baru kalut malut nak cari hotel dan booked kereta segala. Mana lah ada...Cuti umum kan? So, keinginan nak duduk di hotel/motel sekitar Pantai Chenang tidak kesampaian. Seperti selalu....Pantai Chenang akan jadi pilihan my in laws. Lebih happening and lively pada waktu malam compare to Pekan Kuah.

call sana sini - SEMUA FULL ! - So, masing-masing tak senang duduk. Terpaksa ubah plan, dari Pantai Chenang ke Pekan Kuah. Cari punya cari - dapatlah Acacia Hotel (tak pernah dengar pon sebelum ini ). Deposit perlu di bank in segera! Musim-musim cuti umum begini, tak laku booked guna air liur dan telefon bill u all. RM lebih bermakna. Mereka akan mendahulukan walk in compare to telephone booked. Percayalah!

bila dah sampai, it's not a hotel. It's motel ! Takpelah, asalkan ada tempat berehat dan tidur. Berjalan ni..bukan untuk rasa sedap duduk dalam bilik hotel kan? ..Sekadar menyedapkan hati...

nak review pasal hotel/motel ni - takde apa yang menarik. Kami dapat 2 katil Queen untuk dua bilik. Yang pergi semuanya 9 orang, include my 1 yrs old niece. Condition bilik, katil, bathroom consider okay bagi mereka yang tidak terlalu demanding dan faham dengan makna 'berpatutan'.

sedia maklum. Nak berjalan di pulau, kena ada kereta sewa. Memandangkan kami ni berlapan, dan bersaiz 'agak-agak sihat' semuanya. Kami mencari kenderaan jenis van Hiace ataupon Pregio. Mak ai...dah lah susah nak cari. Ditekannya kami betul-betul. almost rm300 per day? Tu baru semalam... kalau dua malam.. Tak ke rm600 hanya untuk kenderaan? itu tak termasuk hasrat hati nak bershopping sakan - tak berbaloi!

so, solutionnya. kereta sewa dua biji. Kalau kereta Malaysia, mereka akan charge seorang rm80-rm100 pada hari biasa. Kalau hari peak begini boleh mencecah rm150 sehari. 
Nasib baik, aku ada kawan yang duduk di Langkawi - nasib kami baik bila abang dan kawan abang dia sudi menyewakan kereta pada kami (RM 70 sehari x 2 buah ) = RM140 sehari semalam. So, untuk dua 3 hari 2 malam hanya = RM280 untuk dua buah kereta (Proton dan Cherry)

activity wajib di Langkawi - Shopping kat Haji Ismail Group ! Yey..
Free duty kan? haruslah borong periuk, kuali, pinggan mangkuk


macam biasa, minyak gamat menjadi pilihan. 
cuba mencari gamat kering, tapi takde stok katanya..


for the second time, i keciwa sebab tak dpt naik cable car. Again. Disappointed. Huh!


baik makan aiskrim, dari melayan rasa keciwa..ye tak?


jiwa penyayang rabbit katakan......


* juga penyayang pada manusia di sebelah ini..


after berpanas dek manusia, melengas satu badan.
terus  terasa nak rasa udara aircond
borong coklat yok....

dah makan tido, makan tido
esoknya singgah ke Makam Mahsuri sebelum balik ke KL



tak pasal-pasal aku timba air dari perigi mahsuri ni..ada orang kata boleh menyerikan wajah
sorry ek..aku bukan percaya sangat eh? 
aku saje sapu kat muka, nak rasa kesejukan air perigi ni


klik klik
love Ya








0 suka komen:

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea