Thursday, 22 March 2012

5 cara hargai isteri

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 01:09
Isteri adalah pelengkap kehidupan rumahtangga. Isteri juga seharusnya menjadi pendorong kepada kejayaan suami. Tidak dinafikan, isteri memainkan peranan penting dalam mengurus anak-anak, dan segala bentuk hal ehwal rumahtangga. Baik remeh, ataupun tidak...

Justeru itu, kewajaran untuk menghargai isteri perlu menjadi keutamaan para suami. Mengapa tidak melakukan sesuatu yang mampu mengukuhkan satu-satu ikatan. Kita inginkan ianya berpanjangan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dipenuhi rasa bahagia yang tak terhingga. 

Apa kata mulakan sesuatu. Tidak rugi mencuba. Selagi ia belum terlambat !
  1. anggap isteri diri sendiri - suami menginginkan segalanya dari isteri. belaian yang tidak berbelah bagi, penjagaan diri yang diutamakan, kasih sayang yang berpanjangan, jugak sedikit penghargaan. mengapa tidak melakukan hal yang sama. isteri juga seperti suami. ada saatnya, biarlah mereka menjadi ratu hati anda.
  2. bantu isteri ringankan tugas - sama-sama berkerja, sama-sama merasa penat bukan? seorang isteri yang berkerjaya mampu menjalankan kerja-kerja rumah sesempurna mungkin. mengapa tidak dibantu mereka. mulakan dengan hal sekecil membasuh pinggan. Sudahlah isteri memasak, mengemas dapur. mengapa tidak dibantu dengan memcuci dan menyusun pinggan mangkuk. Susah sangatkah?
  3. ciuman isrimewa buat isteri - kuasa ciuman seorang suami amat istimewa. jangan hanya praktis ketika 'ingin bersama'. dalam hal-hal lain..anda membiarkan dia. hadiahkan ciuman tanda ucapan tahniah. mungkin sesekali boleh curi-curi menciumnya. dalam keadaan yang dia tak jangka,pasti membuat dia tersenyum. 
  4. penuhi hajat isteri - tidak perlu berbela nja besar. cukuplah jika anda mampu, hadiahkan sesuatu yang 'amat dia idamkan' pada hari-hari bahagianya. Seperti sambutan ulangtahunnya?
  5. bawa isteri bercuti - riadah dan menenangkan fikiran salah satu cara membina aik hubungan mesra sekeluara. jika 24/7 kita terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan dan anak-anak, mengapa tidak diperuntukkan satu tempoh masa untuk percutian yang berkualiti. sekejab tapi bermanfaat!


modified from seridewi keluarga/jan 2011



7 suka komen:

anisalya said...

hargai isteri ye...

frogos said...

nant da kawin ble la amalkan..

frogos said...

sayangkan isteri tinggal tinggalakan,,,sayangkan ank tangan-tangankan..

BERT said...

nice entry.. bleh btau cik asven sy nih ehhe

Lea Isnawi said...

nak kawen!!!!

hehehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

zuan akan amalkannya bila dah kawin nanti, insyaAllah.. :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

p.s doakan zuan diketemukan jodoh dengan cepat ya..hehehe

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea