Sunday, 4 March 2012

Sindrom Stay Up lewat malam...

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 01:29
Memandangkan malam dah ke pagi...
So, tetiba terasa nak share lah apa yang selalu berlaku time kunun-kunun rajin nak stay up mlm ke pagi ni..

sindrom mulut nak mengunyah -

sama kan? sama kan? bila dah larut malam..mula lah terasa nak bancuh nescaffe 3 in 1 lah... nak bukak tin beskut meri lah.. nak kunyah kopok lah.. padahal baru minit pertama nak telek buku kan? dah terasa energy hilang..lemah jek biji mata. nilah masalah utama..bila stay up memalam... dalam tak sedar..yang kunun2 'makan biskut kering aje' dah menjadikan badan kita tak berapa nak kering. 

sindrom lemah lutut nak ke tandas

mana tak lemah. jam dah ke angka dua..perut pulak boleh buat hal. masa nilah dia nak melabur bagai. kalau kat rumah boleh lah jugak.. Ini kat asrama. Dengar-dengar...macam semua dah tido.. Intai-intai dah takde sorang pun lalu lalang. Haiyak...berani ke sorang-sorang nak ke toilet? Masa zaman aku duk hostel dulu..aku memang berani gila.. dari kat jengka sampailah ke shah alam.. buat perangai basuh baju pukul 1 pagi.. alasannya, takde orang ganggu..Yelah..tempat mencuci tu kan limited. kalau waktu siang..punyalah beratur tunggu turn..mengalahkan beli pisang goreng panas pulak!
dan selalunya..selepas habis sem..baru aku dengar cerita-cerita seriau kat block aku.. masa tu baru rasa seram. padahal selama ni rileks je duk lalu lalang 'tempat tu' ..

sindrom berFB bagai - 

nilah orang kata kebaikan teknologi dah jadi ancaman buat kita. bila online je..laju nak selak FB.. Lepas tu mulalah upload gambo..lepas tu mulalah comment sikit-sikit kat page orang.. lepas tu jadi ahli mesyuarat tingkap..lepas tu.. Ehh..dah pagi.. Keje tak siap lagi 

sindrom download drama korea -

hah..nipun jadi ancaman pada aku.. kunun nak jengah-jengah je. terus termelekap. bukak website itu...website ini.. apa lagi download drama lah. dan..dan sampai ke sudah hard disk penuh dengan menda cerita yang entah apa-apa. sabo jelah...




1 suka komen:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hahaha sama lah kita.. tapi zuan lebih kepada insomnia

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea