Tuesday, 10 April 2012

Edisi camping di Langkawi

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:05
Believe me,
I am recreationista, am not fashionista !

28 Mac 2012 - 3 April 2012, kami telah 'diarahkan' dalam bahasa yang mudah (agak keterpaksaan) mengikuti budak undergraduates bercamping di Pantai Tengah, dekat-dekat dengan Pantai Cenang, Langkawi. 

Kami bertolak seawal jam 11 malam (Rabu ) dari UPM - dan sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 630pagi. Disebabkan aku ni, pengunjung setia Langkawi, so...aku kira di lantik sebagai tourist guide tak bertauliah oleh DrW. So, sbg penasihat..aku kenalah bagi panduan kat budak2 ni mana nak beli tiket, tempat nak shopping murah-murah, persediaan menghadapi kastam, cara packing barang dan mcm2... Ceh...poyos..

kami dapat feri paling awal sekali..pukul 7am. So, ape lagi...kalut gila nak punggah barang yang dah macam isi kargo masuk dalam feri. Pilot feri dah buat muka ketat...15 minit bagi pon tak siap punggah lagi. Mana tak bnyak.. Mau kanopi, katil, periuk kuali semua depa duk angkut. Mak ai....camping ke ape ni??

45 minit dalam feri...tak sempat aku nak sambung tido..bdk2 duk excited bagai. First time gi Langkawi..aku plak ngan kak Arni..dah malas nak bergambar. Maklumlah...dah kali ke berapa kami mai
Lokasi camping - Pantai Tengah, Langkawi...sila cari..

sesi memasang khemah dan mengemas barang-barang

aku tunjuk skills memasang khemah...haha....

prepare bahan masakan.... Hehe...dah bukan keje kami ye? ni keje...para adik-adik sekalian..

dah siap naik semua khemah...ape lagi, kami berpusu-pusu ke pantai. dalam 100 meter dari tapak khemah.. So, ape lg..diorg hula-hula la

klik klik klik

aku pon nak came-wore jugak.. ahaks

petang-petang seronok - malam tu kami takde sebarang aktiviti. Hanya ada sesi briefing ringkas. sebab masing-masing kepenatan seharian memunggah barang... Khemah aku n kak Arni bersaiz paling besar. Untuk 4 men..tp yang bestnya, kami berdua je dalam khemah tu. Kira..spacious lah. Nak letak beg & barang yang agak banyak.  tengah sedap-seap layan mata...tetiba aku terjaga. Bunyi dentuman guruh kat langit dan kilat semakin menjadi-jadi. deru angin makin kuat... Burrr....hujan turut dengan begitu lebat. 

tetiba rasa tempias mengena muka - alamak! khemah ni macam bocor je. Kak Arni dah sedikit kalut..first time dia gi camping... Tetiba rasa air semakin laju di lantai khemah... Alamak!!  Aku cepat-cepat keluar dari Khemah...check khemah kosong kat sebelah. Kering lah... Khemah kami je yang basah. Pantas, aku arahkan kak Arni sambar semua barang...angkut pindah khemah sebelah... Sepantas kilat

Basah kuyup aku...khemah kecik tu..kami tarik ke bawah kanopi utama.. Kurang-kurang dapat elak hujan yang semakin lebat mencurah..

khemah kami yang tengah-tengah..poyo paling gah dan besar...tapi, hampeh...bocor

bayangkan pukul 2 pagi, masing-masing menunggu bawah kanopi kesejukan..khemah dah masuk air..banjir.. Ada satu kemah siswi relaks je kat bawah..sorang pon tak keluar.. Ceh...bagus betol kemah diorang

experience tu memang tak boleh nak dijangka..yelah..siang panas kemain.. Malam hujan lebat mencurah-curah. So, solusi kami.. sebelum tidur, pastikan beg & barang2 dah siap simpan dlm plastik sampah kaler hitam tu... 

nasib baik ada satu khemah kosong yang bagus kondisi nya..kalau tak..mau masing-masing tido mencangkung. Macam 2 orang staff fakulti tu...rela tidur mencangkung ke pagi katanya. Sebab malas nak memunggah barang. Boleh macam tu?

laporan hari seterusnya lain gambar jelah...malas ah nak tulis...hahaha..
van antik yang banyak berjasa kpd kami sepanjang trip di Langkawi..cayalah..15 tahun masih kukuh. ada bran?
berkunjung ke rumah uncle Dr.
all solid woods without nails...pergghh..terkesima jab
minggu yang sudah Tun Mahathir datang sini..+  20 billionaires seluruh dunia

borak borak sambil minum petang
dari kiri Dr., Ibrahim (Nigeria), aku, Amin (Nigeria), Kak Arni, Haslam (India) plus Parisa (Iran) - tulah classmates aku

Parisa teruja gila dengan rumah ni..terus nak ajak bakal hubby pindah duk Malaysia..hehe..

singgah kat rumah adik Dr di Pantai Cenang..wahh...yang nipon rumah unik..penuh dengan art..

sabtu pagi, we all ada lite discussions dengan local operators di Kilim Geopark..

sabtu petang...layan ombak kat Pantai Tengah..mandi nye je tak.. malas nak memberatkan beg dengan baju basah nanti

ahad pagi - MORNING WALK - bersama Eersyad Mubarak.. nature guide/residence di The Datai Langkawi... nasib baik free of charge..kalau tak, tak termampu sorang2 nak membayar dia yang selalu entertain VVIP u...
fiza, aku & parisa yang ala-ala kuhsyuk mendengar..padahal..banyak tak paham dari tahu... Accent dia dah tak macam orang Malaysia..serious, aku respect dengan ilmu yang dia ada..

lepas morning walk..terus gi island hopping tengahari buta...





Isnin pagi, kemas-kemas semua benda...shopping kat Pekan Kuah..naik feri pukul 230pm.. Sampai lebih kurang 330pm di Jeti Kuala Perlis. Punggah lagi barang masuk dalam mini bas yang dah sesak!
terus balik UPM

FINISH!










10 suka komen:

Mama Gee said...

bestnyaaa....
mama pernah merasa tido dlm khemah ni sekaliii je dulu masa form 5..masa kem motivasi...lepas tu non adooo...

kalo ajak mr b buat khemah dlm umah boleh tak? hahaaa

ikatankasihku said...

wah, terornyer korang pasang khemah, tu yg bocor tu ye..hihihi...

bestlah tengok gambar ni semua... :)

Diana @ bilakukatacinta said...

mama: pasang khemah dlam rumah nt ulo masuk..hehe..(bukak payung dalam rumah ular masuk..kata org tua-tua)

kak : hehe....khemah tu dah sedia bocor...bdk2 ni amik..tp tak sempat nak check

Kakzakie said...

Memanglah exited kala first time pergi D. Kakak pasti wlalu penat tapi memorinya indah...

Diana @ bilakukatacinta said...

mm..tulah...bg kita ni..yg dah bnyak kali pi..dah boleh tahan mental fizikal

CIK MAY said...

lame dah tak bekemah bagai ni haa...teringin pulak..boleh tak honeymoon ala-ala xtvt lasak mcm ni..org len tdo dlm hotel..CM tdo dlm kemah..haha

dwaty said...

uwaaaaaaaaaa...

tak sampai pantai sini lagi... huhuhu..

Nens Collection said...

nk sgt g tasik dayang buting tu..hehe..
aritu x lps nk g sana..sbb ms pack..
1 yg x tahan kalo berkemah ni..hangus muka..legam ler kalo suda balik berkemah..hoho

Zana Adieyza said...

dah lama x tido khemah.. last rasanya 5 thn lepas, masa zaman diploma.. hahahhaha.. syok jugak sesekali dpt buat aktiviti mcm ni kan..

island hopping? mesti syokkkkkkk kan...

saffiya_aleesya @ echa said...

tengok pic jer hati dah seronok bila tgk awak n the geng g outing camni..apa pun camping memang terbaekk laa..

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea