Monday, 9 April 2012

Tips berkhemah dalam hujan

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 15:17
Camping in the rain!

Macam best je kan? nampak sungguh menyeronokkan ye adik-adik... No No No...bermain hujan itu tidak seindah mana. Ada kilat yang sambar menyambar di luar sana yang boleh mendatangkan malapetaka. So, sebelum terkena...mari kita berjaga-jaga

tips ni peringatan buat aku  jugak..sebab terlupa dan terlalai dengan cuaca. 
Kusangkakan panas sampai ke petang, membawa ke malam... Rupa-rupanya guruh sabung menyabung di malam buta

1. Perhatikan perubahan cuaca persekitaran korang
contohnya, jika beberapa hari yang lalu..hujan mulai turun...walaupon kadang-kadang dan jarang-jarang. namun kemungkinan untuk hujan turun lagi pasti ada. 

2. Bawak beg plastik banyak-banyak
Malaysia masih menggunakan plastic beg dalam urusan jual beli seharian kita. biasanya plastik beg yang masih elok ni aku simpan kat satu tempat untuk digunapakai semula.  So, lipat elok-elok..kemas-kemas..selit dalam backpack korang.

lagi satu..orang yang suka bercamping ni akan bawak plastik sampah siap-siap.. Yang kaler hitam tu.. Selain untuk buang sampah dan memuatkan baju basah/kotor korang.. Plastik sampah ni jugak boleh diguna untuk cover backpack korang. Caranya..sumabt je backpack korang dalam plastik sampah. Pastu ikat rapi-rapi.. 

3. Old newspaper boleh digunapakai
boleh digunakan sebagai bahan api...in case, kayu api korang semua dah basah.. Gulungkan surat khabar lama..dan sumbat dalam sepatu lembab/basah.. Percayalah...ia akan mepercepatkan proces pengeringan. Suratkhabar akan menyerap kelembapan

4. perhatikan perubahan bentuk muka bumi
macam batu-batuan dan tebing yang berdekatan. Hujan yang berterusan boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. So, berjaga-jaga !

5. Kilat/petir merbahaya
Kilat yang sabung menyabung amat menakutkan.. Berhati-hati dengan pokok yang berdekatan. Khemah seharusnya tidak  diletakkan di bawah dahan pokok yang kurang selamat. dikhuatiri, petir yang menyambar pokok akan menyebabkan pokok tumbang dan megenai khemah

6. Lembab dan leceh
memang kita tak berapa suka bila camping dalam cuaca lembap. kemungkinan khemah, sleeping bag, kasut, baju akan basah. dan ini mendatangkan ketidakselesaan. Jika cuaca tidak hujan pada siang hari. biarkan barang-barang lembab di luar khemah..anginkan ia untuk mengelakkan bau yang kurang senang 


* yang penting.,.jangan banyak mengeluh.. bila kita telah bersedia untuk melakukan outdoor recreation seperti cmaping, trekking, hiking begini..kita seharusnya telah menjangkakan kemungkinan yang bakal tiba. Kita perlu belajar untuk menerima kekurangan dan tidak mengharapkan keselesaan... So, no complaint ! 

makan asal isi perut 
tidur biar boleh lelap
duduk tak minta selesa

5 suka komen:

cheqna said...

beshnya camping...
dah lama tak buat xtvt macam gini

tuahfarhanz said...

minggu dpn dah start camping..risau lak kalau hujan aje nih..huhu

Diana @ bilakukatacinta said...

cheqna : dah bidang D...mcm nilah selalunya

tuah : prepare ur stuff..get ready ur gadget..

mamaNoriz said...

betul, klu nak camping tak leh ngada-ngada kan...

kena tahan lah sket rasa tak selesa tu, klu tak leh survive baik duk umah je...huhu

akak jenis yg tak tahan, sbb tu masa mula2 kat U masuk kadet pastu tukar unit lain sbb jenis org cerewet...hihi

~~zana@pb~~ said...

suka sgt aktiviti mcm ni tp itu dulu, anak pula kurang suka sb takut masuk hutan dll.

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea