Monday, 14 May 2012

Bila isteri buat sepah..

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 00:00

aku ni memang ada satu kepelikan yang amat jelas
langsung tak buleh nak tinggal
atau buang jauh-jauh

sejak dari zaman sekolah lagi
inilah tebiat aku yang kureng comey
hahahaha
kalau studi dah macam kapal karam

masa diploma kat jengka dahulu
satu bilik berempat
memandangkan ruang  meja tak berapa nak bagi aku hak untuk bersepah-sepah begini
maka aku bukak segala jenis buku penuh satu katil
kalau nak tidur, aku susun sepanjang tepi katil elok-elok
sanggup tau, tido sipi-sipi sebab taknak bagi buku kena tindih

buat degree kat shah alam,
aku rasa amatlah beruntung bila ditempatkan sebilik dua orang
hahahahahaa..
spacious untuk aku bukak segala mcm buku
poyos rajin giles studi kan?
haip ..tapi aku tak kacau kawasan orang tau?
territory aku  biasanya sebelah tingkap..

sebab tu bila member2 sebuk nak duduk menyewa kat luar kolej uitm
aku tak berapa berminat nak join
yelah...satu rumah 7,8 orang... dah lah bilik sempit
pastu barang banyak
semak lah....

ni bila dah kahwin
nasib baik dapat rumah sebiji
yang luas dan lapang
duduk pulak berdua

lagilah heaven...

dah lah aku rembat satu bilik untuk workstation aku...
ni pulak dah bertapak ke wilayah encik hubby...
'lokasi depan TV' semaksimum mungkin aku gunakan bila encik hubby pergi kerja



p/s : berlaku pada waktu-waktu tertentu jek ~ heheheeheh...... hari-hari lain, rumah aku bersih berkilat tau? tak bersepah-sepah macam ni... ceh..puji diri sendiri..

2 suka komen:

zera eira said...

suami tak marah takpe. :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dulu sy suka mengarang sblm tido.. samalah suka sepahkan buku, kertas, kamus kosa klasik, atas katil.. kekekekeke

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea