Friday, 18 May 2012

Mudahnya Tanam Cili Padi Sendiri Dirumah

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 10:00
Memandangkan diri sedang dalam 'tempoh' menjadi suri rumahtangga 'separa masa'. So, aku telah merajinkan diri untuk mencuba-cuba bercucuk tanam..


benih cili padi yang aku beli kat Cameron Highlands bulan yang sudah
semai beberapa minggu lalu

* beli tanah campuran yang dah siap kat nursery
* kalau rajin boleh mix tanah sendiri = sabut kelapa + tanah + pasir + batu 
* tips : elakkan tanam biji rapat-rapat macam aku ni.....susah nak pisahkan bila perlu pindah pasu lebih besar
* letak pasu di bawah redup, elakkan panas & hujan

excited kan, tengok kesuburan pokok ni
memang * terbaik lah biji benih ni

setelah enam minggu (lebih kurang..)

bila pokok cili ni dah agak besar dan boleh hidup sendiri
sediakan pasu yang lebih besar saiznya untuk menggalakkan pertumbuhan akar
pasu terpakai - projek pokok aku yang tak mampu nak survived !


isi tanah dalam pasu
*tanah yang dah well mix - hubby aku mintak budak2 kontrak indo & bangla buatkan siap-siap. 


pisahkan anak-anak pokok tersebut. pastikan akar masih melekat elok pada tanah

buat lubang kat tengah-tengah pasu
* pakai lah apa yang patut, jgn jadi macam aku..main taram je guna tangan. aku memang kategori semberono jek...hehe

masukkan anak pokok cili elok-elok

* siram sedikit dengan air dan tabur baja 
* satu pokok untuk setiap pasu supaya dapat mengelakkan persaingan dan mempercepatkan proses tumbesaran..hehe....


jeng jeng jeng
Projek pokok cili padi merah aku
ada empat pasu kesemuanya


Tak sabar nak tengok pokok-pokok ini membesar dengan jayanya.
Harap sangat takde kumbang atau semut yang berkenan

MiSSion Accomplished




5 suka komen:

Lea Isnawi said...

wah wah rajen akak

pasni leh tanam menda lain lak kan

Diana @ BKKC said...

rajin sikit-ikit dik

Pink Lavender said...

makneng pon ada tanam pokok lada gak
tapi dr lada yang xhabes dibuat masak tuh jer..

yg geram dah boh baja pon xbuah2..bunga jer lebat...huhhu

makneng follow kamu
jom follow makneng

Liza Othman said...

tengah belajar2 nak menanam ni..
tq tips :)

Sha My heart said...

Wah, bestnya menanam. bercucuk tanam. berbudi kepada tanah. Sha suka juga. Tapi sekarang duk rumah kotak (flat) susah sikit nak tanam.

Nanti nak tengok berbuah ye.

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea