Thursday, 21 June 2012

Mencuri , kecurian, dicuri....

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 12:47
Cerita ni pagi tadi, masa hubby nak pergi keje. Bukak je grill pintu..hubby terperasan sesuatu. Sandal buruk yang dia pakai hari-hari pegi kerja dah lesap! 
" Ayang tido pukul berapa malam tadi ?"
" Lepas Azan Subuh rasanya..."
" Kenapa?"
" Tak dengar ke bunyi tapak kaki orang lalu lalang?"

Aku? Fikir. Ermm....memang tak perasan. Mana taknya. Kami duduk dalam bilik, pintu kunci rapat-rapat sebab pasang aircond. Memang kedap udara...langsung tak dengar apa yg jadi kat ruang tamu. Lagipun, hehe..manalah aku dengar. Aku pakai headphone..ulang lagu korea berkali-kali. Nak layan mata punya pasal..

Kushhhh.....semangat. Geram bila diingat-ingatkan. Sandal Lois tu, dah buruk.. Raya yang lepas kami beli d Kota Tinggi. Hubby memang suka pakai sandal tu bila bawak kete. Sampai office, hubby tukar kasut keje dia pulak yang dah memang spare kat office. Kiranya..memang pakai hari-hari..  Bila hilang macam tu aje, memang geramlah. Dah lah hubby jenis setia pada satu-satu barang. Kalau dia suka satu benda tu..dia akan pakai benda tu aje..sampai lunyai..hehe

Bila jadi macam ni..seolah2 satu petanda yang tak elok. Orang dah mula perhati rumah kami. Kalau ikut kata jiran-jiran, tak pernah ada sebarang kes kecurian berlaku kat area sini. Adoiii....aku pun mula tak sedap hati. 


Sebab:

1. Rumah kami rumah paling tepi. Kiranya kalau dari jalan masuk...memang rumah kami yang orang nampak dulu. Lot sebelah dan depan rumah masih kosng dipenuhi semak. Takde rumah atau apa-apa structure yang halang pandangan orang pada rumah kami.
2. Rumah paling tinggi. Sebab tapak rumah saja dah tambak dua kaki dari rumah-rumah lain kat area sini. So, paling jelas untuk 'pencopet' aim. 
3. Rumah paling terserlah, sebab rumah, tembok segala warna putih bersih. 
4. Tembok dah didirikan, tapi pagar berduri, bergerigi, utk safety tak pasang lagi. Adoooiiiii..... kalau orang nak panjat mudah aje. Even ada longkang kat sekeliling rumah.

Langkah keselamatan

1. Lampu belakang rumah kena bukak setiap malam. 
2. Pastikan semua pintu diselak
3. Barang berharga simpan elok-elok di tempat selamat
4. Kasut yang berjenama dan mahal letak dalam rumah
5. Tangga kat luar rumah kena sorokan.
6. Kena tanam banyak-banyak pokok cactus banyak. Especially kat sebelah rumah yang ada potensi untuk dipanjat. Hehe...biar dia kena duri kaktus tu!
7. Siang-siang, kalau nak bukak pintu luas-luas. Pastikan gril pintu telah di locked. 



p/s : risau pulak nak tinggalkan rumah lama-lama masa raya nanti. Hmm..bukan nak tuduh sesiapa. tapi...entahlah... Harap bukan 'mereka'. Actually nearest my house...'ada yang drug addicted'..seriously, tak nak tuduh..tapi kalau family sendiri pun dah bising-bising dengan peel diorg yang 'pjg tgn' tu,apa lagi kita ni.. 

p/s/s : adoiii.....kena berjaga - jaga ni!

5 suka komen:

Kancil 8349 said...

baca ayat kursi...

~ yus ~ said...

adoi! moga di lindungi Allah selalu dari gejala kecurian ni. take care...

MAY said...

sekarang ni sume nak duit dgn mudah je..dasar pemalas keje..

Nens Collection said...

kene berhati2 ni..
semua langakh tu mmg elok kalo dipraktikkan..

siti kektus said...

part pokok kektus tu, kite setuju, haha padan muka orang tu nanti. tercucuk duri je. :D

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea