Wednesday, 29 February 2012

Feel to escape....

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 12:14 8 suka komen Links to this post
salam semua...

Class untuk semester ni dah bermula. even hanya ambil 2 subjects yang ada class, and another two subjects yang takde class tetapi kesibukannya??... Humm...

Semua sedia maklum...student grad ni biasanya tak dilayan seperti undergraduate. Means, takde spoon feeding ke hape...takde wajib attendance..takde test dan exam yang kena ulangkaji teruk-teruk..takde itu..takde ini..

Dalam takde..takde tu. sebenarnya ditentukan oleh lecturer. Mostly, they wont treat us like undergraduate.. Nak babab-babab bila tak datang class..nak pot pet pot pet bila tak buat asignment.. No..No..such things like that lagi! Tapi..tapi kan.. Ada satu subject ni.. Mak ai..busy dah macam undergraduate. Asignment banyak kemain..itu belum lagi nak pergi site segala....aduhai...

Hah..ada yang kata buat research itu senang. Tak kelam kabut macam buat coursework. Percayalah... Most U in Malaysia, or maybe around the world.. Even u are doing master by research, u have to attend classes. For sure ada grade & evaluation. And for sure..tak boleh main-main!!!

Dalam nak menjaga pointer tu..kepala pulak kena fikir research. Nak menghadap journal hari-hari. belum lagi nak kena turun tapak (ye ke turun?...lawak tapak..or field trip...). Nak siapkan itu ini.. Pendek kata..selagi tak dapat ' segenggam ijazah '(genggam ke..? mcm sebuku je..) Selagi itulah..kena perah isi otak. 

Hah.....ditambah-tambah pulak tanggungjawab pada suami & famili... Hmm...tak tertanggung rasanya (kadang-kadang lah...once kita ada keserabutan yang amat). So, biasanya...orang macam aku.. Akan cari something yang boleh buat kita betulkan isi kepala semula. Tune hati dan semangat supaya tak kacau bilau. Orang kata 'escape' or 'get away'... Bukan nak 'melarikan diri' dari beban keje yang mula bertimbun...cuma nak therapy.. taknak push diri melampau-lampau. Yelah...hidup ini, bukan hanya untuk study dan kerja. Tapi..ada jugak bahagian untuk 'insan lain'. Kita kejar impian masa depan...namun, apa ertinya kejayaan. Kalau hanya nikmatnya nanti kita yang rasa seorang?

Kalau boleh belah badan ni..hmm..pasti aku lakukan. Heheee....



Keserabutan terpaksa buat-buat kulupakan seketika.. Mak ai...ayat..hehe...
Mencari masa..nak membelah lautan..
Cuma perancangan itu milik kita... Ketentuan milik DIA
harap-harap kali ni...jadilah ye... 
Kesian sidia..dah beria-ia nak snorkelling katanya...


Friday, 17 February 2012

Adab Menghadiri Majlis Perkahwinan

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 21:53 13 suka komen Links to this post
Adab menghadiri majlis perkahwinan

memandangkan diri sendiri dan encik suami saya yang gebus itu mula menerima banyak acara makan free a.k.a jemputan majlis perkahwinan... So,banyak benda yang kita akan selalu sangat terlepas pandang. Yang itu..yang ini... Banyak sangatlah. Masa nilah nak kena saling beringat. Biar tujuan kita tu nanti jadi ibadah..dan tak sia-sia...

1.  Memenuhi undangan – Kita diwajibkan memenuhi undangan, melainkan ada perkara lain yang perlu kita lakulan

2.   Tidak pilih kasih – jangan sesekali membeza-bezakan undangan yang diterima, antara orang kaya dan miskin.

3.   Pakaian sopan  - pakaian yang menjolok mata tidak sesuai digayakan di dalam majlis perkahwinan. Selain bertentangan dengan syarak, ia juga tidak menepati norma dan nilai masyarakat  Melayu

4.   Tolak undangan – tolak undangan dengan cara sopan dan berhemah. Jika makanan yang disajikan adalah tidak halal sumbernya, maka lebih baik untuk tidak menghadirkan.

5.   Niat ikhlas – seelok-eloknya  ikhlaskan diri anda menerima jemputan tuan rumah. Sebarang kekurangan majlis tidak harus dipersoalkan. Yang buruk menjadi pujian, yang tak elok dihebah jangan!

6.   Berdoa – memulakan ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang mulia dan baik. Mengapa tidak didoakan pasangan pengantin yang baik-baik sahaja.








Panduan : Feb 2011 dara.com

Saturday, 11 February 2012

Liverpool vs MU punya pasal, suami sanggup tinggal isteri

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 20:58 10 suka komen Links to this post
Selamat malam... for sure Liverpool and ManU fans dah tercongok depan TV saat & ketika ini..

Dan yang lebih parah lagi, bila para suami dah minta izin si isteri nak tonton game dengan kawan-kawan kat maple'. Alasan, skrin lebih besar. Suasana lebih meriah katanya.

Dan aku pulak, isteri yang senasib seperti itu, terus merelakan dan meredhakan.. Alah...biarlah tengok bola sekali sekali dengan kawan-kawan. Takde problem lah... Ok aje... Bolehlah isteri mendominasi TV..nak tengok ceritera kegemaran malam minggu begini...

So, sayang...harap-harap U'll never walk alone lah ye?


Apa sebenarnya? Apa kes?

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 20:09 3 suka komen Links to this post
sila marah aku laju-laju OK?
aku tahu pasal ' pekerja KFC belasah customer..' Tapi, setakat itu sahaja. Details berkenaan cerita tu - terus terang aku tak tahu... Nak salahkan si customer pon tak boleh, nak jatuhkan hukum saja-saja pada pekerja KFC tu sendiri pon tak boleh. Nanti bersikap racist dan berat sebelah, kalau tak tahu hujung pangkal cerita. Kebenarannya, hanya pekerja KFC, customer dan mereka-mereka yang beratur panjang di belakang customer, juga para-para staf yang ada kat kaunter tu, tray, pinggan mangkuk, mesin cashier, meja kaunter  aje yang tahu benarnya. Yang lain-lain, jangan sebok-sebok nak jadi juri tak bertauliah ye? nak jadi hakim tak bergaji...

aku go through jugak kes tu kat beberapa blog - ada yang pro si polan A..dan ada yang pro si polan B. Hm..tak tahu den nak ulas panjang lebar lagi. bukan takut kena saman. tapi tak tahu fakta disebalik berita.

apa yang boleh aku kata....sabar...sabar..dan sabar ajelah bekerja di bidang food service ni (especially fast food services). ketangkasan, kecekapan, ketebalan gegendang telinga, dan kadangkala perlu 'kebalkan perasaan'  sekejab menangani karenah customer yang datang. 

Orang putih tu kata..." customer is always right " Huaaaargghhh....always right walau hati & perasaan kita tak berapa nak all-right. 




* Me: ex staff KFC yang berdedikasi dan tak makan gaji buta dan duduk saja-saja. Peace!

MEN TELL U THE FACTS, but GOD WILL TELL U THE TRUTH !

Destinasi cuti Pulau Langkawi

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 07:33 0 suka komen Links to this post

Cuti Maulidurrasul kelmarin kami ke Langkawi. Itupon, last minute planning. At first, we are still thinking either to go to Langkawi or Vietnam. after few considerations (as my mother in law wish), we decided to go to Langkawi : the main purpose - for shopping!

orang nak bercuti, plan awal-awal. Kami pulak, 2, 3 hari nak pi baru kalut malut nak cari hotel dan booked kereta segala. Mana lah ada...Cuti umum kan? So, keinginan nak duduk di hotel/motel sekitar Pantai Chenang tidak kesampaian. Seperti selalu....Pantai Chenang akan jadi pilihan my in laws. Lebih happening and lively pada waktu malam compare to Pekan Kuah.

call sana sini - SEMUA FULL ! - So, masing-masing tak senang duduk. Terpaksa ubah plan, dari Pantai Chenang ke Pekan Kuah. Cari punya cari - dapatlah Acacia Hotel (tak pernah dengar pon sebelum ini ). Deposit perlu di bank in segera! Musim-musim cuti umum begini, tak laku booked guna air liur dan telefon bill u all. RM lebih bermakna. Mereka akan mendahulukan walk in compare to telephone booked. Percayalah!

bila dah sampai, it's not a hotel. It's motel ! Takpelah, asalkan ada tempat berehat dan tidur. Berjalan ni..bukan untuk rasa sedap duduk dalam bilik hotel kan? ..Sekadar menyedapkan hati...

nak review pasal hotel/motel ni - takde apa yang menarik. Kami dapat 2 katil Queen untuk dua bilik. Yang pergi semuanya 9 orang, include my 1 yrs old niece. Condition bilik, katil, bathroom consider okay bagi mereka yang tidak terlalu demanding dan faham dengan makna 'berpatutan'.

sedia maklum. Nak berjalan di pulau, kena ada kereta sewa. Memandangkan kami ni berlapan, dan bersaiz 'agak-agak sihat' semuanya. Kami mencari kenderaan jenis van Hiace ataupon Pregio. Mak ai...dah lah susah nak cari. Ditekannya kami betul-betul. almost rm300 per day? Tu baru semalam... kalau dua malam.. Tak ke rm600 hanya untuk kenderaan? itu tak termasuk hasrat hati nak bershopping sakan - tak berbaloi!

so, solutionnya. kereta sewa dua biji. Kalau kereta Malaysia, mereka akan charge seorang rm80-rm100 pada hari biasa. Kalau hari peak begini boleh mencecah rm150 sehari. 
Nasib baik, aku ada kawan yang duduk di Langkawi - nasib kami baik bila abang dan kawan abang dia sudi menyewakan kereta pada kami (RM 70 sehari x 2 buah ) = RM140 sehari semalam. So, untuk dua 3 hari 2 malam hanya = RM280 untuk dua buah kereta (Proton dan Cherry)

activity wajib di Langkawi - Shopping kat Haji Ismail Group ! Yey..
Free duty kan? haruslah borong periuk, kuali, pinggan mangkuk


macam biasa, minyak gamat menjadi pilihan. 
cuba mencari gamat kering, tapi takde stok katanya..


for the second time, i keciwa sebab tak dpt naik cable car. Again. Disappointed. Huh!


baik makan aiskrim, dari melayan rasa keciwa..ye tak?


jiwa penyayang rabbit katakan......


* juga penyayang pada manusia di sebelah ini..


after berpanas dek manusia, melengas satu badan.
terus  terasa nak rasa udara aircond
borong coklat yok....

dah makan tido, makan tido
esoknya singgah ke Makam Mahsuri sebelum balik ke KL



tak pasal-pasal aku timba air dari perigi mahsuri ni..ada orang kata boleh menyerikan wajah
sorry ek..aku bukan percaya sangat eh? 
aku saje sapu kat muka, nak rasa kesejukan air perigi ni


klik klik
love Ya








Thursday, 9 February 2012

Penangan Korea, sungguh terpengaruh

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 19:15 8 suka komen Links to this post
bercakap tentang Korea - Kwave - Kpop dan segala macam menda yang berasaskan Korean Entertainment, mesti korang dah tahu betapa aku teramat suka & minat.


of course lah, senario ini telah mewarnai hidup kami adik beradik sejak gelombang korea melanda Malaysia  - dan dek kerana itu..pengaruh-pengaruh korea telah menular masuk dalam jiwa kami. Sehingga kami sanggup mendera pasangan pengantin baru ini. Siapa lagi? my lovely brother... Nuzli & Hasmida


teruk kena buli dengan kami adik beradik
buat lagi..buat lagi...
lagi..lagi
kena ulang beberapa kali..hahaha

ni gara-gara terbekenankan sesi wedding photo-shoot hwang bo dan hyun joong untuk We Got Married!





Wednesday, 8 February 2012

Wedding oli & Ida : Warna Warni

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 18:27 5 suka komen Links to this post
itinerary Majlis Perkahwinan di Negeri Johor ni..
lebih kurang begini lah ye

- Resepsi pihak perempuan -

 majlis & upacara akad pernikahan
tema : off white and gold

majlis berinai besar pada sebelah malamnya
tema : purple

majlis persandingan
tema: pink and purple

- Resepsi pihak lelaki - 
cadangnya nak buat makan beradab je..nak jemput orang sikit-sikit.
tapi, last minute orang datang pasang pelamin, khemah yang didiri pun serba baru, kek yang ditempah pulak cantik, alahai....
meriah jugak bila si kakak ni beria-ia nak sediakan 'lauk pengantin' - 
majlis yang kecil jadi besar - tetamu datang tak putus-putus
alhamdulillah...
tema : red, black and white

- studio -
lokasi : studio di Kota Tinggi

outdoor
lokasi : Tanjung Balau, Kota Tinggi

lokasi : padang dekat rumah kami....


inilah warna warni majlis perkahwinan adik lelaki ku yang telah sah menjadi seorang suami kepada Hasmida..
Semoga sabar menjalani kehidupan berumah tangga




 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea