Friday, 22 June 2012

PETUA IMAM SYAFI'I

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 09:53 9 suka komen Links to this post
EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN

  1. Makan daging
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Berpakaian dari kapas
EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan masam
EMPAT PERKARA MENAJAMKAN MATA
  1. Duduk menghadap kiblat
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang yang hijau
  4. Berpakaian bersih
EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA
  1. Memandang najis
  2. Melihat orang dibunuh
  3. Melihat kemaluan
  4. Membelakangi kiblat
EMPAT PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
  1. Tidak banyak berbual kosong
  2. Rajin bersugi (gosok gigi)
  3. Bercakap dengan orang soleh
  4. Bergaul dengan para ulama




Sumber : Anis/bil.176

Thursday, 21 June 2012

Mencuri , kecurian, dicuri....

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 12:47 5 suka komen Links to this post
Cerita ni pagi tadi, masa hubby nak pergi keje. Bukak je grill pintu..hubby terperasan sesuatu. Sandal buruk yang dia pakai hari-hari pegi kerja dah lesap! 
" Ayang tido pukul berapa malam tadi ?"
" Lepas Azan Subuh rasanya..."
" Kenapa?"
" Tak dengar ke bunyi tapak kaki orang lalu lalang?"

Aku? Fikir. Ermm....memang tak perasan. Mana taknya. Kami duduk dalam bilik, pintu kunci rapat-rapat sebab pasang aircond. Memang kedap udara...langsung tak dengar apa yg jadi kat ruang tamu. Lagipun, hehe..manalah aku dengar. Aku pakai headphone..ulang lagu korea berkali-kali. Nak layan mata punya pasal..

Kushhhh.....semangat. Geram bila diingat-ingatkan. Sandal Lois tu, dah buruk.. Raya yang lepas kami beli d Kota Tinggi. Hubby memang suka pakai sandal tu bila bawak kete. Sampai office, hubby tukar kasut keje dia pulak yang dah memang spare kat office. Kiranya..memang pakai hari-hari..  Bila hilang macam tu aje, memang geramlah. Dah lah hubby jenis setia pada satu-satu barang. Kalau dia suka satu benda tu..dia akan pakai benda tu aje..sampai lunyai..hehe

Bila jadi macam ni..seolah2 satu petanda yang tak elok. Orang dah mula perhati rumah kami. Kalau ikut kata jiran-jiran, tak pernah ada sebarang kes kecurian berlaku kat area sini. Adoiii....aku pun mula tak sedap hati. 


Sebab:

1. Rumah kami rumah paling tepi. Kiranya kalau dari jalan masuk...memang rumah kami yang orang nampak dulu. Lot sebelah dan depan rumah masih kosng dipenuhi semak. Takde rumah atau apa-apa structure yang halang pandangan orang pada rumah kami.
2. Rumah paling tinggi. Sebab tapak rumah saja dah tambak dua kaki dari rumah-rumah lain kat area sini. So, paling jelas untuk 'pencopet' aim. 
3. Rumah paling terserlah, sebab rumah, tembok segala warna putih bersih. 
4. Tembok dah didirikan, tapi pagar berduri, bergerigi, utk safety tak pasang lagi. Adoooiiiii..... kalau orang nak panjat mudah aje. Even ada longkang kat sekeliling rumah.

Langkah keselamatan

1. Lampu belakang rumah kena bukak setiap malam. 
2. Pastikan semua pintu diselak
3. Barang berharga simpan elok-elok di tempat selamat
4. Kasut yang berjenama dan mahal letak dalam rumah
5. Tangga kat luar rumah kena sorokan.
6. Kena tanam banyak-banyak pokok cactus banyak. Especially kat sebelah rumah yang ada potensi untuk dipanjat. Hehe...biar dia kena duri kaktus tu!
7. Siang-siang, kalau nak bukak pintu luas-luas. Pastikan gril pintu telah di locked. 



p/s : risau pulak nak tinggalkan rumah lama-lama masa raya nanti. Hmm..bukan nak tuduh sesiapa. tapi...entahlah... Harap bukan 'mereka'. Actually nearest my house...'ada yang drug addicted'..seriously, tak nak tuduh..tapi kalau family sendiri pun dah bising-bising dengan peel diorg yang 'pjg tgn' tu,apa lagi kita ni.. 

p/s/s : adoiii.....kena berjaga - jaga ni!

Wednesday, 20 June 2012

Dejavu di Kinabalu

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 13:13 9 suka komen Links to this post
Dejavu di Kinabalu
Setiap Isnin - Khamis
Jam 7 malam - 8 mlm

sebelum nak cakap panjang, honestly cerita ini sangat 'cantek'
Cantek yang macamana?
Cinematography (erkk..betul ke aku eja ni..??) cantik & menarik
Ye, kualiti gambar, video..terbaiklah
For the second episod, aku sangat suka scene semasa Bazli buat surprise dinner pada Nadira di Jambatan (aku rasa macam jambatan putrajaya), siap mendeko-deko dengan candle and roses petal lagi. Serius, tak pernah terfikir..akan ada orang buat scene kat tepi jambatan tu..effect lampu sangat cantik. Nampak sweet je Bazli melahirkan tanda kasih dia dengan melamar Nadira . Kesian! Walaupun, ditolak..he's acting cool. 

Tapi, bila scene jantung Nadira yang dup dap dup dap setiap kali bersua dengan Amar, Zappp!!!
terus aku dapat tangkap sesuatu yang amat mirip sekali
cerita ni, seakan-akan cerita summer scent lah..
kan? kan?
sila lempang ramai-ramai kalau rasa aku ni....ter'obsess pada korea drama...hehe

secara keseluruhan cerita ini sama, yang membezakannya cuma mungkin :
pelakon (off course lah....)
karier (versi korea Yee Jin adalah florist, Min Woo - art Director)

Min Woo pergi Itay untuk study dan mengubati hatinya yang luka kerana girlfriend dia meninggal (isk..isk..)
family girlfriend decided donor organ pada orang lain..and the lucky person is Yee Jin who is suffered heart disease.




p/s : pepon, Dejavu di Kinabalu sweet dengan menggunakan hiking di Kinabalu sebagai tema. " Panjat Gunung dengan cintahati di Gunung Kinabalu boleh menyatukan cinta " katanya...

Jatuh dan bangun itu lumrah

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 09:54 10 suka komen Links to this post


first of all (macam nak buat PC pulak..hehe) ,
 nak cakap rinduuuu...sama ini belog
nak cakap sorriiiiii... pada pemenang sebab tak posto-posto hadiah lagi

tuan punya belog baru bangkit dari 'kejatuhan'
setelah down sampai dasar bumi
akibat dari kata-kata sindiran, kritikan yang membina & menjatuhkan beberapa minggu yang lalu
semasa sesi proposal defend ! (huk..huk...huk..)
Sampai sakit kepala rasa mau pecah, menangis dan menangis...
ambil masa untuk recover, dan bangkit dari 'kejatuhan'

orang kata..."itulah hidup manusia yang buat master (by research) & phd"
up and down tu dah jadi lumrah
selagi tak dapat segulung ..atau sebuku master/pHD
selagi itulah..hidup kami penuh dengan warna warni stress dan depress..

bukan setakat menanges tak berlagu,
terkadang ada rasa nak quick & tarik diri
ada masa jugak rasa nak bercuti panjang...
tapi mengenangkan pengajian ni dibiaya orang..paham-pahamlah..
takkan nak buat sukasuki hati kan?
nak kena saman?

ape pun yang jadi...kami kena lalui jugak
takkan nak lari dan sembunyi.
gagah dan gugahkan diri 
tempuhi saja apa yang bakal menanti

doakan kami masih kuat, larat, tabah, gagah, tekun, fokus, rajin, semangat, positif untuk teruskan semua ini...hihihihi...
 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea