Friday, 27 September 2013

Iklan Kekosongan Jawatan di 3 Kampus Baru UiTM : UiTM Jasin, UiTM Tapah, UiTM Pasir Gudang Oktober 2013

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:30 3 suka komen Links to this post
Sebenarnya baru sedar minggu lepas yang UiTM ada offer iklan kekosongan jawatan untuk 3 Kampus Baru UiTM di 3 Negeri :


  1. UiTM Tapah, Perak
  2. UiTM Jasin, Melaka
  3. UiTM Pasir Gudang
Tarikh akhir : 7 OKTOBER 2013

Memandangkan ketiga-tiga kampus masih belum beroperasi, maka segala iklan dan borang boleh di download di kampus-kampus negeri yang sedia ada. Sebagai contoh :

  1. UiTM Pasir Gudang - boleh refer pada website UiTM Johor (Segamat). Try taip kat google : johor.uitm.edu.my. (nak paste link kat sini, website uitm johor tak boleh bukak since tadi..advisable guna INTERNET EXPLORER.. 
  2. UiTM Tapah, Perak - boleh try link ni Iklan Kekosongan Jawatan UiTM Tapah @ search kat google - perak.uitm.edu.my
  3. UiTM Jasin, Melaka - hah, yang ni pon same try tak boleh bukak2 .. @ search kat google : melaka.uitm.edu.my
cth jawatan di UiTM Tapah... ada banyak lagi. nak upload pdf format kat belog ni tak boleh.. so,kena carik kat website uitm sendiri lah ye?... :)


p/s carik ikut kampus cawangan. jgn carik ikut kampus induk (shah alam) utk permohonan kampus cawangan... 

uitm dihatiku ...kiki..sempat menyelit ;)

Tuesday, 10 September 2013

IKLAN BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UITM 2014

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 10:31 1 suka komen Links to this post
Sebelum ni, aku ada POST, pasal IKLAN TENAGA PENGAJAR UITM 2013 kan?
Masa tu iklan tu bagitahu PERMOHONAN boleh dibuat pada 1 August 2013
Disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan, tarikh permohonan dibuka telah di postpone..

So, tadi masa godek-godek FB, terpandang pekeliling yangh di SHARE oleh seorang kawan...



Iklan akan dibuka pada : 17 SEPTEMBER 2013 hingga 1 OKTOBER 2013

Sisi Borang permohonan (ONLINE) : http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/

Kalau ada pertanyaan atau nak sembang-sembang tentang TPM, boleh add FB akaun ni (sorry, tak dapat nak jawab soalan satu demi satu..) Tenaga Pengajar Muda UITM (FB)



Syarat-syarat asas :
1. Mesti dah grad (Sarjana Muda) untuk apply MASTER.
2. Belum sambung MASTER/PHD dimana-mana IPTA dlm atau luar negara



* Selamat mencuba !!! Kalau ada rezeki korang tak kemana. Yang penting, kena pastikan bidang apa yang korang minat dan nak ambil. Lepas make sure, first degree tu ada kena mengena dengan master yang korang nak apply.

Tuesday, 30 July 2013

Iklan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2014

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 21:19 2 suka komen Links to this post

UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2014 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM
Cara-cara Memohon

Tempoh Iklan
  • Iklan akan dibuka dari 01 Ogos 2013 hingga 21 Ogos 2013.

Syarat
  • Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.
  • Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES


Kepada yang berminat, boleh apply online

Dapat atau tidak, belakang kira. Sebab ape? ada yang kata FIRST CLASS HONOUR je akan dapat OPPORTUNITY macam ni. ada kata below 3.5 tak layak. mmm...nasihat aku..apply dulu ye? Sebab nak cakap pun macam susah sikit. Lain course lain competition. Mungkin rezeki korang kat situ ada. why not. cuba. 

PROSES ni AMAT PANJANG dan agak COMPLICATED sikit. So, BERSABAR banyak-banyak ye.. Sebab after application, kena tunggu few months (3 months and above) untuk INTERVIEW. Lepas 2 INTERVIEWS, kena tunggu untutk RESPONS (few months, kekadang more than 6 months). After that, kena TUNGGU untuk OFFER LETTER. Lepas OFFER LETTER tu adalah lagi few things kena SETTLE

So, TUNGGU dan SABAR adalah perkataan paling sesuai untuk yang berminat dengan TPM ni. 


* Aku tunggu lebih setahun untuk OFFER LETTER, dan hampir dua tahun untuk SAMBUNG MASTER. masa banyak bazir kat menunggu, banyak konflik berlaku, banyak offer yang ditolak, banyak dilema yang kena hadap, banyak pergorbanan yang kena buat. 


Balas dendam ! Nak marathonnnnnn

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 01:37 3 suka komen Links to this post
Haiiaaaa...rindunya kat my cute belog ni...
Dah bertahun tak update entri, tak blogwalking, tak sebok menyinggah rumah orang
Hanya tumpukan kat thesis aje
Mesti orang cakap poyo je..orang lain thesis jugak, tp belog tak bersawang..
Hehe..
Honestly, takde mood nak membelog..
Just tetiba macam terpikir
NAK BALAS DENDAM!
Lepas submit thesis, ai nak marathon membelog....
Masa tu kan banyak masa free sementara tunggu VIVA
Tak sabar. tak sabar
Tiga bulan aje lagi....

Tuesday, 28 May 2013

Indahnya Pulau Tioman

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 08:34 0 suka komen Links to this post
Melihat keindahan alam, hati jadi tenang..ada rasa yang sukar digambarkan...kan?
Sesekali teringin nak get away, lari dari sebuk rutin yang tak pernah sudah



Wednesday, 22 May 2013

Bermain bersama Mocha

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 23:37 1 suka komen Links to this post
Hmm....dah lama tak hapdet belog
rasa macam kekok pulak nak menulis...
Idea dah lari ke thesis
So, layankan je Mocha kesayanganku ini yang menjeng, ngengada & manja ;)

cak ! ooo....sedapnye tido

kite dengki lagi...ceh, taknak bangun ye?

usik lagi...mak ai, lena pulak dia ;)

dan lagi....

dan lagi...

ahhh......give up la nak kacau mamat sekor ni...


* macam ni lah orang takde anak lagi..gomol kucing puas2 lah ye?...dah de baby nt, kucing2 semua pakat duk jejauh lah ek? mummy tak bagi duk dekat2.. takut kena athma..


 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea