Monday, 14 August 2017

Peta Pulau Pangkor, Manjung dan Perak

Dibebel oleh Diana @ BKKC at 17:12


PERAK DARUL RIDZUAN
- Pulau Pangkor - 


Negeri Perak terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang. Ia bersempadanan dengan negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang di sebalah barat darat; Kelantan di sebelah timur laut; Pahang di timur, dan tenggara; Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri Perak juga bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (atau Wilayah Yala), di utara dan Pulau Sumatera, Indonesia di barat daya.

Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 12 kawasan yang dipanggil sebagai daerah. Iaitu:Kinta, Larut Matang Selama, Manjung, Hilir Perak, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak, Kampar, Mualim, Bagan Datoh.  
(sumber : wikipedia)



Pulau Pangkor terletak di mukim Lumut di bawah Daerah Manjung. Selain Lumut, daerah Manjung mempunyai beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Beruas yang merupakan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Daerah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang kearah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.



0 suka komen:

 

diana la... Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea